Tahun Melawat Malaysia 2026 bakal tiba tak lama lagi! Tapi korang tahu tak, apa yang buat kempen tahun 2026 ini lebih menarik dan luar biasa dari sebelum ni?
HONOR umumkan bahawa HONOR Magic8 Pro telah dipilih sebagai kamera rasmi untuk mempromosikan Malaysia sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2026!!!

Pemilihan ni bukan calang-calang tau, ia menunjukkan kepercayaan terhadap kebolehan telefon ini sehingga diangkat menjadi peranti rasmi untuk merakam Malaysia menjadi paparan dunia.
Kenapa HONOR Magic8 Pro Layak Jadi Kamera Rasmi Malaysia

Kalau korang nak tahu, HONOR Magic8 Pro telah dipilih sebagai peranti Fotografi Mudah Alih untuk mendokumentasikan sendiri keindahan Malaysia dalam bentuk paling jelas, cantik dan autentik melalui kacamata profesional dan peminat fotografi.
Dengan kebolehan yang dimiliki oleh peranti ini, memang tak pelik kenapa ia dipilih. Mana tidaknya, HONOR Magic8 Pro dikuasakan oleh 200MP Ultra Night Telephoto yang menjadi tunjang utama sistem kameranya.
Lens ini dibuat dengan satu tujuan penting, iaitu menangkap visual ultra jelas walaupun dalam keadaan gelap atau jarak jauh.
Selain itu, HONOR Magic8 Pro turut dilengkapi dengan tiga enjin fotografi yang bekerja serentak iaitu:
- Night Engine untuk gambar jarak jauh yang jelas walaupun lampu rendah

- Stabilization Engine untuk video dan gambar yang tak gegar walaupun diambil sambil bergerak

- Portrait Engine untuk hasil potret yang lebih natural dan sinematik

Tak cukup dengan itu, gabungan dengan AI end cloud collaboration yang bekerja secara senyap di belakang tabir juga membolehkan telefon ini untuk zoom dari 1X hingga 100X tanpa hilang detail penting.
Dengan gabungan teknologi ni, HONOR Magic8 Pro bukan sekadar telefon pintar tapi peranti yang memang mampu menjalankan tugas untuk mendokumentasikan kempen pelancongan terbesar negara. Keupayaan kameranya ini memberi jaminan bahawa setiap sudut Malaysia dapat dirakam dengan lebih jelas, stabil dan berkualiti tinggi.
Gambar-gambar set pertama Malaysia yang dirakam dengan HONOR Magic8 Pro
Bukan sekadar cakap sahaja, HONOR dah pun keluarkan set pertama gambar contoh yang dirakam menggunakan HONOR Magic8 Pro bagi menunjukkan kemampuan sebenar kameranya.
Korang boleh tengok sendiri gambar-gambar dekat bawah ni yang mengetengahkan pemandangan mercu tanda ikonik, fauna dan warisan budaya Malaysia.

50 jurugambar bakal terlibat dalam projek eksklusif HONOR

Sebagai usaha untuk memantapkan lagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, HONOR turut menjemput seramai 50 jurugambar tempatan untuk satu projek khas Tahun Melawat Malaysia di mana mereka berpeluang untuk:
- rakam mercu tanda utama seluruh negara
- dokumentasikan budaya dan tradisi Malaysia
- tangkap suasana hidup masyarakat Malaysia
Gambar yang terpilih akan dikongsikan ke platform rasmi HONOR dan Tourism Malaysia tau!
Inisiatif ini bukan sahaja dapat menunjukkan kemampuan HONOR Magic8 Pro tapi juga turut mengangkat bakat tempatan untuk menampilkan kreativiti sambil mempromosikan Malaysia dengan kreativiti dan gaya masing-masing.
Pemilihan HONOR Magic8 Pro sebagai kamera rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026 adalah satu pengiktirafan besar terhadap kemampuan teknologi mudah alih hari ini. Dengan sensor 200MP Ultra Night Telephoto, sistem zoom sehingga 100X dan enjin fotografi yang kukuh, peranti ini benar-benar sesuai untuk mendokumentasikan keindahan negara.
Nak tahu info lanjut, layari laman web, Instagram dan Facebook rasmi HONOR.

1 day ago
9






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















