Baru-baru ini, penyanyi dan komposer Aisha Retno meraih perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman manisnya menemu ramah dua bintang Hollywood terkenal, Arian Grande dan Cynthia Erivo di tayangan perdana Wicked: For Good di Singapura.
Pemilik nama Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam itu sempat memberi buah tangan berupa kain batik buat dua selebriti tersebut kerana mahu memperkenalkan budaya Malaysia kepada mereka.
“Saya ada sesuatu buat kamu berdua. Ini adalah batik daripada Malaysia,” ujarnya selepas nyanyi bersama dua selebriti terbabit.
@aisharettcrying crying crying.🥺 Representing Malaysia for the wicked premiere,i love u ari,i love u cynthia.I indeed have been changed for good bcs of these two. #wickedmovie
♬ original sound – Aisharetno – Aisharetno
Hantaran video Aisha Retno cetus kemarahan netizen Indonesia
Bagaimanapun, perkongsian video itu membuatkan segelintir netizen Indonesia berasa kurang senang kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Aisha.
Beberapa hantaran milik pelantun lagu ‘Sutera’ itu dibanjiri komen warga seberang yang memperbetulkan kenyataan Aisha dengan menyatakan bahawa asal usul batik dari Indonesia.
Artikel berkaitan: “Maaf YB, itu batik Malaysia buatan Kelantan”- Pengasas Bujins Batik
Artikel berkaitan: “This is batik Malaysia” – Rekaan Batik Dengan Lakaran Watak ‘Venom’ Curi Perhatian Ramai

Ruangan komen itu turut mencetuskan perdebatan antara netizen Indonesia dan Malaysia. Walaupun netizen Malaysia menjelaskan batik yang diberikan itu adalah corak dan motif khas dari Malaysia, namun tetap disangkal oleh mereka.
Dalam pada itu, Aisha turut memberi respon terhadap komen salah seorang netizen Indonesia yang menjelaskan kepada warganya mengenai kenyataan Aisha.

Jelas Aisha, dia meraikan kepelbagaian batik dan menegaskan tidak pernah mendakwa asal usul batik dari Malaysia.
Sumber: TikTok

1 day ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















