Nampaknya isu melibatkan pemain warisan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semakin serius apabila Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengarahkan dua siasatan dalaman dilakukan secara terperinci.
Memetik sumber Harian Metro, arahan itu dikeluarkan FIFA dalam dokumen bertulis setebal 64 muka surat memaklumkan peranan sektetariat FAM perlu disiasat segera.
Ini termasuk, FIFA mahu dalang sebenar yang memalsukan dokumen tujuh pemain berkenaan didedahkan oleh FAM.
Artikel berkaitan: “Terus menghukum para pemain…” – TMJ Dakwa FIFA Langgar Peraturan Sendiri
Artikel berkaitan: Isu Pemain Warisan: FAM Terkejut Dengan Keputusan FIFA, Akan Bawa Kes Ke CAS

Menerusi dokumen tersebut, FIFA mengarahkan Sekretariat FAM melancarkan siasatan formal terhadap operasi dalaman badan itu bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab memalsukan dokumen pemain terbabit.
Pihaknya juga mengarahkan siasatan kepada peranan Setiausaha Agung FAM serta dua ejen berlesen FIFA iaitu Nicolás Puppo dan Frederico Moraes.
FIFA mendakwa penglibatan kedua-dua individu berkenaan menimbulkan keraguan yang dianggap serius.
Selain itu, FIFA turut mengarahkan satu lagi siasatan berasingan melibatkan penggunaan pemain tidak layak dalam tiga aksi persahabatan yang dirujuk dalam prosiding berkenaan.
Sebelum ini, FAM memohon alasan bertulis penuh selepas Jawatankuasa Rayuan FIFA mengekalkan hukuman ke atas tujuh pemain negara.
Terdahulu, FAM diarahkan membayar denda sebanyak CHF350000 bersamaan kira kira RM1.9 juta manakala tujuh pemain iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazwbal dan Hector Hevel dikenakan denda CHF2000 atau lebih kurang RM10,000 serta digantung 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak.
Sumber: Harian Metro

3 days ago
17































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















