Fidya Kamalinda, Atlet Taekwondo Yang ‘Hilang’ Selama 10 Tahun Akhirnya Muncul Di Media Sosial Dedah Sisi Gelap Keluarga

1 day ago 5

Fidya Kamalinda, atlet Taekwondo yang berpotensi tinggi di peringkat kebangsaan dari Bandung, Indonesia ini pernah meraih pingat emas dalam satu kejohanan yang dinamakan Indonesia Open dan meraih pingat di Jawa Barat.

Ketika namanya sedang meningkat naik dalam seni mempertahankan diri, umurnya pada waktu itu baru sahaja 19 tahun, bagaimanapun dia tiba-tiba ‘mendiamkan diri’ apabila ibu bapanya melaporkan bahawa Fidya hilang tanpa dikesan.

Artikel berkaitan:

Artikel berkaitan:

Kronologi kehilangan Fidya 

Kehilangannya itu berlaku pada 26 November 2015 selepas Fidya keluar dari rumah untuk membeli barang di kedai yang tidak jauh dari rumahnya. Sejak dari itu dia tidak dapat dikesan dan menurut penduduk yang tinggal di kawasan tempat tinggalnya, individu tersebut ada ternampak seorang individu menepuk bahunya dan Fidya seolah-olah menuruti arahan individu tersebut untuk masuk ke dalam kereta.

Ibu bapanya, Hindarto dan Khodijah tidak berputus asa untuk mencari anak perempuan kesayangan mereka. Tidak cukup dengan laporan terhadap pihak polis, mereka juga melakukan pencarian sendiri sehinggalah waktu anak mereka ‘ditemukan’.

Selama tempoh kehilangan Fidya, ada orang yang tidak dikenali berjumpa dengan ayahnya. Orang ini memaklumkan bahawa anaknya itu sudah berkahwin dan memintanya agar tidak mencari Fidya lagi. Pun begitu, ibu bapanya enggan menyerah, mereka meminta bukti yang menunjukkan Fidya telah berkahwin.

Screenshot 2025 03 14 143454

Menurut sumber, mereka menerima dokumen pernikahan Fidya tetapi tidak pasti sama ada ianya palsu atau asli. Mendengar khabar ini, mereka yakin bahawa Fidya masih hidup meskipun tidak tahu keberadaannya di mana. Oleh itu, mereka segera ke pejabat agama di Bekasi di mana ia merupakan cawangan pejabat menyediakan dokumen pernikahan anaknya itu.

Yakin anak masih hidup

📹IG/baikfoundation pic.twitter.com/rgIoM1mxsU

— Radio PRFM (@PRFMnews) March 12, 2025

“Saya sebagai bapaknya, meyakini surat nikah itu palsu. Bahkan, tidak pernah saya dimintai restu atau bahkan jadi wali anak saya. Jadi saya berkeyakinan buku nikah itu palsu,” ujar Hindarto yang sedih mengingat kejadian 10 tahun lalu.

Susulan itu, pada bulan Ramadan tahun ini, Hidarto dan Khodijah membuat satu hantaran video secara terbuka memohon agar anaknya itu dapat ditemukan. Mereka juga memohon kepada pihak berkuasa agar dapat bantu menjejaki anaknya.

“Saya mohon kepada Bapak Presiden, Bapak Menteri Olahraga, Menteri Pembersayaan Anak, Gabenor Jawa Barat, Bapak Dedi Mulyadi, Walikota Bandung Bapak Farhan. Pak, ibu, anak kami atlet Taekwondo yang sedikitnya sudah berkontribusi di tingkat nasional mahupun Jawa Barat.

“Tolong, bantu kami, menemukan kembali anak kami.”

Fidya akhirnya ‘munculkan diri’

Beberapa hari selepas video ibu bapanya tular, Fidya akhirnya ‘memunculkan diri’ menerusi satu hantaran video. Fidya tampil menceritakan mengenai kejadian sebenar yang berlaku pada 10 tahun yang lepas.

“Nama saya Fidya Kamalinda, perkenalkan saya di sini mahu menjawab berkenaan isu yang beredar di media sosial tentang diri saya.”

Dia menepis dakwaan yang mengatakan dia telah diculik oleh seseorang dan menegaskan bahawa dia memang sengaja keluar dari rumahnya kerana sudah lama tertekan dengan ibu bapanya. Malah Fidya juga mendedahkan yang dia sering dipukul oleh bapanya sejak dia berumur 5 tahun.

“Kekerasan pertama yang bapak saya lakukan waktu saya umur 5 tahun saya pernah ditarik, ditendang, diseret oleh bapak saya sendiri dan itu berlanjutan sampai tahun-tahun berikutnya.”

Fidya juga meluahkan bahawa dia tidak faham kenapa bapanya itu tergamak melakukan tindakan sedemikian kepada dirinya pada waktu itu. Bahkan, Fidya juga kongsikan bahawa ibu bapanya itu suka berurusan dengan bomoh.

“Orang tua saya ini sangat suka datang ke dukun. Setiap kali saya mahu bertanding saya dibawa ke dukun dijampi-jampi diminta air doa, mandi bunga dan itu dilakukan setiap kali saya mahu bertanding.”

Dalam pada itu, Fidya turut menyangkal dakwaan yang mengatakan dia mengikut seseorang dan ikut masuk ke dalam kereta seperti mana yang diperkatakan.

“Saat itu saya sudah 21 tahun saya merasa saya boleh hidup sendiri. Kenapa saya berani? Kerana saya sudah merasa lelah selama bertahun-tahun, saya berasa ada hak ke atas hidup saya sendiri.”

Lebih mengejutkan lagi, Fidya yang difahamkan sudah mempunyai seorang anak menceritakan bahawa ibu bapanya mempunyai cita-cita besar untuk membuatkan dirinya terlibat dalam mana-mana kejuaraan Taekwondo yang lebih besar seperti Pekan Olahraga Nasional (PON).

Namun jika dia mengalami kekalahan, Fidya mendedahkan bahawa dia menerima tekanan secara fizikal dan verbal daripada orang tuanya. Kata Fidya, dia pada waktu itu rasa buntu untuk meluahkan masalahnya itu kepada sesiapa.

Lebih teruk lagi, jika dia memenangi sesuatu pertandingan, dia tidak pernah menerima wang kemenangan tersebut sehinggakan perbelanjaan untuk pendidikan juga dia terpaksa menggunakan wang sendiri dan ia diraih dari hasil membuat penjualan secara atas talian bukan wang dari kemenangan pertandingannya itu.

Kalau betul apa yang dicerita, kasihan sungguh nasib Fidya ni… 

Sumber : X, prfmnews, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |