ft kak cik yah

Dalam banyak-banyak kandungan masakan yang lalu di fyp kita, pasti akan ada satu perkongsian yang kita adore selain daripada mereka yang kita dah sedia kala kenal.

Misalnya, tidak dinafikan untuk puasa kali ini Dapur Che Sayang dan sudah semestinya Khairul Aming yang me jadi tatapan utama tetapi ada satu lagi individu yang membuatkan ramai jadi ‘jatuh cinta’ dengannya kerana vibes yang ada pada dirinya iaitu TikTok @kakcikyah4.

Artikel berkaitan : Dulu Masak Atas Lantai, Khairul Aming Kini Labur Lebih RM100,000 Untuk Hasilkan Video Masakan

Artikel berkaitan : Cirit-birit Selama 5 Hari, Khairul Aming Alami Jangkitan E. Coli Semasa Buat Bantuan Banjir

Tidak seperti video pempengaruh masakan lain yang mempunyai kuali HD, presentation makanan dan penata bunyi minuman yang membuatkan kita rasa terliur, Kak Cik Yah secara semula jadinya memberikan pendekatan kepada kita cara masakan orang lama, ia sekaligus membuatkan kita mengimbau atuk dan nenek kita dan membuat kita rasa rindu masakan mereka.

Menurut netizen, biarpun pada awal perkongsian kualiti videonya tidak begitu memberangsangkan, ia masih mampu meraih jumlah tontonan yang tinggi.

Serious talk, aku suka tengok kak cik yah ni masak. Feeling mcm tengok tok tok sendiri memasak.

Dia post video raw takda edit,
lighting & mic pakai apa yang ada,
angle -15, rilek ja views 1-2juta. pic.twitter.com/cYMXjXbRWk

— Izzan (@jancoca) March 9, 2025

Video masakan Kak CIk Yah juga telah menambat hati penonton, sehingga kini akaun TikTok Kak Cik Yah telah meraih 86.7K jumlah pengikut dan majoriti videonya meraih sekurang-kurangnya puluhan dan ratuan ribu jumlah tontonan.

kak yah kak yah 2 kak yah 3 kak yah 4

Kalau Khairul Aming dia punya, “hey what’s up guys,” tapi Kak Cik Yah “mola mola”, hahah comel!

Sumber : TikTok, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.