Ekor Hampir Masuk Dalam Hidung, Kanak-kanak 10 Tahun Kongsi Pengalaman Digigit & Dililit Ular

1 week ago 35

Abdul Rafka Azka Abdullah, 10, masih dihantui perasaan takut setiap kali mengingati detik cemas apabila seekor ular sawa menggigit kaki sebelum membelit tubuhnya hingga ke paras dada, menyebabkan dia hampir tidak dapat bernafas.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang Khamis lalu, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Agas itu nyaris maut selepas diserang ular sawa batik di Kampung Temai Tengah.

Usaha menyelamatkan mangsa oleh abang dan bapa saudaranya mengambil masa kira-kira 30 minit sebelum berjaya melepaskan belitan reptilia berkenaan.

Artikel berkaitan: Budak 10 Tahun Dis*rang Ular, Bapa Saudara Ambil Masa 30 Minit Buka Mulut Ular Sawa Guna Lembing & Parang

Artikel berkaitan: Anak Guna Ular ‘Russell Viper’ Untuk B*nuh Bapa Demi Pampasan Insurans Jutaan Ringgit

Serangan ular sawa sepanjang kira-kira enam meter dengan berat dianggarkan 40 kilogram itu menyebabkan Abdul Rafka menerima rawatan selama lima hari di Hospital Pekan.

cats 13

Menurut Abdul Rafka, bahagian pergelangan kaki kanannya masih mengalami bengkak walaupun tidak berasa sakit, namun doktor menasihatkan rawatan susulan dalam tempoh panjang bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Katanya, perasaan takut dan debaran sering datang setiap kali mengingati detik ular itu menggigit serta membelit tubuhnya hingga ke paras dada, malah ekornya hampir memasuki hidung.

“Saya bersyukur Allah masih memberi saya peluang untuk terus bernyawa. Sekiranya lambat bantuan daripada abang dan bapa saudara mungkin saya kini sudah tiada.

Belitan ular sawa itu kuat hingga menyebabkan saya tidak dapat bernafas dengan lancar dalam masa kira-kira 30 minit.

Saya bernasib baik apabila sembilan taring ular sawa yang menggigit pergelangan kaki saya tidak sampai ke bahagian tulang, hanya menembusi bahagian daging termasuk jari saja,” katanya.

Bapa mangsa, Abdullah Mohd Sara, 48, memaklumkan anaknya menjalani rawatan mencuci kesan gigitan ular sawa di Hospital Pekan semalam dan akan menjalani pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar tulang pada minggu hadapan bagi menilai tahap kecederaan serta rawatan susulan.

Katanya, Abdul Rafka sepatutnya memulakan sesi persekolahan minggu ini namun terpaksa bercuti selama sebulan selepas dinasihatkan doktor bagi memastikan kecederaan dialami pulih sepenuhnya.

“Saya bersyukur kecederaan yang dialami Abdul Rafka tidak terlalu serius cuma membabitkan luka taring digigit ular sawa berkenaan. Terdapat sembilan lubang kesan taring yang hampir terkena tulang kaki.

Sekiranya bantuan lambat diberikan saya percaya nyawa anak saya akan melayang, selepas menggigit ular sawa itu bertindak membelit hingga paras dada anak saya hingga menyebabkan dia lemah apabila tidak dapat bernafas dengan lancar,” katanya.

Sementara itu, Norbaizura berkata pihaknya menyalurkan bantuan segera berupa wang tunai, makanan dan barangan keperluan bagi meringankan beban keluarga mangsa.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |