Pada awalnya, ramai menyangkakan tiada yang terselamat dalam insiden tragis apabila sebuah pesawat Air India yang membawa 242 penumpang dan kru terhempas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel, Ahmedabad menuju ke London, pada Khamis.
Namun, beberapa jam selepas kenyataan awal itu dikeluarkan, pihak polis Ahmedabad mengesahkan bahawa terdapat seorang penumpang telah ditemui hidup.
Ramesh Viswashkumar, satu-satunya mangsa yang diketahui terselamat dikatakan berjaya keluar dari pesawat itu.
Artikel berkaitan: Serpihan Pesawat Melayang Di Udara, 5 Sekeluarga Pelancong M*ut Dalam Nahas Helikopter Di New York
Artikel berkaitan: Pesawat Jeju Air Terhempas, 28 Penumpang Dilaporkan Maut
Dia merupakan penumpang di tempat duduk 11A iaitu tempat duduk berhampiran dengan pintu kecemasan. Namun, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada dia sempat melompat sebelum pesawat itu terhempas.
Ramesh yang kini menerima rawatan di hospital merupakan seorang warga Britain dan sedang dalam perjalanan pulang ke United Kingdom bersama abangnya selepas melawat keluarga di India.
“Dalam masa 30 saat selepas berlepas, saya dengar bunyi letupan yang kuat.
“Ada mayat di sekeliling saya. Saya panik, terus bangun dan lari. Serpihan kapal terbang ada di merata tempat.
“Seseorang menarik saya, meletakkan saya dalam ambulans dan membawa saya ke hospital,” katanya.
Ramesh mengalami kecederaan akibat hentakan pada bahagian dada, mata dan kaki, namun masih mampu bertahan untuk berkongsi pengalaman menakutkan itu.
Dalam satu rakaman tular, Ramesh kelihatan berjalan terhincut-hincut dengan pakaian koyak dan luka di wajahnya. Dia kemudian dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans sejurus berjaya menyelamatkan diri dari lokasi nahas.
A 38-year-old, who was seated on 11A, is now reportedly the lone survivor of the Air India plane crash. The person has been identified as Ramesh Viswashkumar. According to reports, he jumped out of the emergency exit.#AirIndia #PlaneCrash #Viral #ViralVideo pic.twitter.com/VVve7DtGse
— India Today NE (@IndiaTodayNE) June 12, 2025
Dalam kejadian yang berlaku pada waktu tengah hari, pesawat itu dilaporkan merempuh sebuah bangunan asrama kolej perubatan ketika terhempas.
Lebih 240 disahkan maut, termasuk beberapa individu dipercayai terdiri daripada pelajar dan penduduk setempat di kawasan kejadian.
Sumber: Sinar Harian