syaz ft 2025 07 04T112352.964

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki kurang upaya yang kudung sebelah kaki berjalan dalam hujan seorang diri untuk membeli makanan.

Perkongsian di TikTok itu mendapat perhatian ramai dan netizen rata-rata bersimpati atas nasib lelaki OKU itu.

Artikel berkaitan: “Saya kotor la bang” – Bantu Pakcik Berkaki Satu Beli Makanan Dalam Hujan, Ramai Puji Lelaki Cina Ini

Artikel berkaitan: Anggota FRU Kongsi Di Sebalik Gambar Menangis Sambil Pegang Erat Anak OKU Mangsa Nahas FRU

Pun begitu, sebuah laman Instagram mendedahkan lelaki OKU yang dikenali sebagai Jefree itu sebenarnya sudah mendapat bantuan daripada Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) dan keluarganya telah menjelaskan tentang perkara ini.

Dalam hantaran itu, difahamkan ibu bapa Jefree sudah meninggal dunia namun masih ada adik-beradiknya yang membantu Jefree.

“Terdapat sedikit salah faham semasa rakaman video dijalankan. Jefree masih mempunyai adik beradik yang menjaga dan menyokongnya untuk terus menjalani hidup yang lebih baik.

Walaupun ibu bapanya telah meninggal dunia yang bukan disebabkan oleh kebakaran, namun adik beradiknya sangat baik kepadanya, Jefree bagaimanapun masih dalam proses untuk pulih secara mental,” tulis hantaran itu.

Ahli keluarganya berkata, terlalu ramai yang datang ke rumah Jefree sehinggakan perkara itu mengganggu penduduk kampun yang lain.

Mereka juga menjelaskan, mereka tidak perlukan sebarang bantuan, hanya doa buat Jefree sahaja sudah memadai.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.