Diusik Suruh Buat Majlis Kahwin Anak Di Stadium, Ini Respon Ibu Syed Saddiq

1 week ago 13

Hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini mengenai kemesraan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

Ramai yang mengatakan kedua-dua secocok jika berpasangan dan disebabkan mereka sering muncul bersama, ramai juga tertanya-tanya adakah Syed Saddiq dan Bella kini sedang menjalinkan hubungan istimewa.

BELLA SADDIQ e1734511811836

Perkara ini masih kekal misteri hingga kini…. 

Artikel berkaitan: “Ayden pun ikut sekali” – Syed Saddiq Bawa Bella Astillah Ke Parlimen, Baju Sedondon Lagi!

Artikle berkaitan: “Saya terpaksa jadi model, akhirnya dapat sumbangan RM1 juta untuk Parlimen Muar” – Syed Saddiq

“Kalau BASS (Bella Astillah Syed Saddiq) kahwin kena buat dekat stadium sebab…” 

Walau bagaimanapun sesi live ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dengan anaknya, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai SpaceDollah baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai.

Ia seakan-akan menjadi medium bagi peminat BASS (Bella Astillah Syed Saddiq) yang ingin bertanyakan mengenai hubungan sebenar kedua-dua individu itu.

@21dhia

pehhhh satu stadium kena jemput ya…..maklum lah ybss pulak yang kawen kan mmg merata pelusuk yang akan datang #spacedollah #live #sopansantun #mamaygbaik #tiktokviral #fypviralシviral #fyppppppppp #foryou

♬ bunyi asal – Dhia Mawaddah – Dhia Mawaddah

Satu kenyataan dari netizen telah menarik perhatian SpaceDollah dan ibu Saddiq ialah apabila ada yang meminta perkahwinan ahli parlimen itu diadakan di stadium kerana ramai yang ingin menghadirinya.

Kalau BASS kahwin kena buat dekat stadium, ramai sangat nak datang,” kata SpaceDollah yang membaca salah satu komen.

“Allahuakhabar… inilah orang kata pandangan yang jauh. Syabas!” jawab Sharifah Mahani sambil ketawa.

“Betul ke dah nak terima menantu orang Sabah?” 

Dalam satu video lain, netizen juga dilihat bertanya sama ada benar atau tidak Sharifah Mahani bakal menerima menantu dari Sabah.

Ibu kepada Syed Saddiq yang membahasakan diri sebagai ‘cikgu’ walau bagaimanapun menyerahkan hal tersebut kepada Allah untuk menentukannya.

@ciksri89

Mama syed saddiq jawab soalan tentang bella😁 #bellaastillah #syedsaddiq #spacedollah #primavalet #fyp

♬ original sound – RATU CANDYTA – RATU CANDYTA

Cikgu tak boleh nak jawab, itu semua ketentuan Allah. Allah yang menentukan segala-galanya. 

“Orang itu mungkin akan bercinta selama 10 tahun tapi kalau Allah Taala tak izinkan maka ia tidak akan berlaku. Makcik tak boleh jawab pasal itu, hanya makcik berdoa untuk yang terbaik sekali, sayang,” kata Sharifah Mahani.

Sharifah Mahani juga menyatakan yang dia pernah berjumpa dengan Bella sekali sahaja ketika di rumah Syed Saddiq selama 15 minit dan mereka sempat berbual-bual sekejap namun tidak sempat mengenali dengan lebih mendalam.

@ciksri89

Mama syed saddiq jawab soalan tentang bella😁 #bellaastillah #syedsaddiq #spacedollah #primavalet #fyp

♬ original sound – RATU CANDYTA – RATU CANDYTA

Apa-apapun kalau ada jodoh, pasti mereka akan bersama juga. Kita doakanlah yang terbaik untuk Syed Saddiq dan Bella Astillah ye. 

Sumber: TikTok (1), (2)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |