Iqra Pink Cetak Rompak

Belakangan ini, timbul keresahan orang ramai terutama dalam kalangan pendidik dan ibu bapa susulan dakwaan naskhah bacaan huruf-huruf Al-Quran yang berlegar luas di pasaran iaitu Iqra Pink dikatakan dicetak rompak.

Ramai yang terkejut apabila mendapat tahu bahawa Iqra Pink sebenarnya adalah produk yang sudah lama dihentikan pengeluarannya secara sah.

671187350 26999901836284612 3288893047714980898 N

Melihat isu tersebut menjadi perbincangan hangat di media sosial, seorang guru Al-Quran, Asyraf Sayf tampil menjelaskan mengenai status sebenar naskhah Iqra Pink.

Menurut Asyraf, Iqra Pink pada asalnya dicetak oleh Darul Kitab, yang merupakan anak syarikat kepada pemegang lesen tunggal Iqra di Malaysia, iaitu Darul Fikir.

Namun, syarikat Darul Kitab telah pun dibubarkan sepenuhnya pada tahun 2005. Sejak tarikh tersebut, segala bentuk percetakan di bawah entiti itu adalah tidak sah dan tidak mendapat keizinan.

Bagaimanapun, menjadi satu misteri besar apabila sehingga ke saat ini, naskhah Iqra Pink masih lagi dicetak dan dijual secara bundle di kedai-kedai buku serta platform dalam talian.

Penggunaan Iqra Pink yang tidak berlesen ini secara tidak langsung menafikan hak royalti yang sepatutnya disalurkan kepada pesantren almarhum Haji As’ad Humam di Indonesia, penyusun asal kaedah Iqra yang telah berjasa besar kepada dunia Islam.

Artikel berkaitan: Nak Mengaji Tapi Kurang Lancar? Aplikasi Ini Boleh Bantu Anda!

Artikel berkaitan: “Content paling hebat” – [VIDEO] Spontan Sambung Ayat Quran, Suara Pakcik Ni Buat Ramai Terpegun!

Justeru, Asyraf menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam penggunaan bahan tersebut serta mempertimbangkan penggunaan versi yang didakwa lebih sah dan diiktiraf.

“Setiap perkara yang kita putuskan, ia melibatkan halal dan haram, juga melibatkan berkat atau tidak dalam kehidupan,” katanya.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.