Setelah melakukan pendedahan besar pada minggu lepas, Garosero Research Institute baru-baru ini memuat naik lagi sebuah video terbaru mendiang Kim Sae Ron bersama pelakon, Kim Soo Hyun yang didakwa di kediaman pelakon wanita itu.
Menerusi saluran Youtube Garosero, ‘pelakon lelaki termahal di Korea’ itu dilihat sedang berbual dengan mendiang dan menggosok-gosok belakang pelakon wanita itu yang sedang menggunakan alat urut.
김수현 새론이 영상 “나 찍어 계속???”
집에 간적이 없다던 김수현….???
어떻게 이렇게까지 구라를 칠 수가 있지?
옆에서 적당히하라고 조언해주는 사람도 없냐 pic.twitter.com/rzJAW0LGmW
— 똘똘이 (@lemaudrb) March 18, 2025
Pihak Garosero juga memaklumkan bahawa mereka mengambil langkah berkenaan kerana agensi Soo Hyun iaitu Gold Medalist berulang kali menafikan dakwaan mengenai hubungan masa lampaunya dengan Sae Ron yang pada ketika itu masih di bawah umur.
Artikel berkaitan: Jenama Mewah Prada Tamatkan Kontrak Iklan Dengan Kim Soo Hyun Lepas Kontroversi
Artikel berkaitan: Kim Sae Ron Didakwa Hantar Mesej Merayu Pada Kim Soo Hyun, Luah Tak Mampu Bayar Hutang RM2.1 Juta
Mereka juga pada masa yang sama memberi amaran bahawa jika Kim Soo Hyun masih tidak membuat permohonan maaf kepada keluarga Kim Sae Ron, pihak mereka akan mengeluarkan lebih banyak video yang didakwa memaparkan wajah pelakon lelaki itu dengan lebih jelas lagi.
Sejak berita mengenai pendedahan hubungannya dengan mendiang, kebanyakan jenama fesyen mewah telah menamatkan kontrak mereka dengan Kim Soo Hyun dan termasuklah drama ‘Knock Off’ yang bakal ditayangkan di Disney+ yang ditunda tayangannya buat masa ini.
Apakah agaknya pengakhiran bagi skandal ini?
Sumber: Allkpop