“Dia terus luncur dekat kaki” – Ibu Kongsi Detik Bersalin Dalam Kereta, Siap Dapat Polis Escort!

20 hours ago 8

Detik cemas bertukar menjadi memori indah buat seorang ibu dikenali sebagai PuterryE’zzah, apabila beliau terpaksa melahirkan bayi dalam kenderaan ketika dalam perjalanan ke hospital baru-baru ini.

Melalui perkongsian video yang tular, suasana di dalam kereta pada mulanya tenang dengan iringan muzik, namun segalanya berubah apabila si kecil nampaknya sudah ‘tidak sabar’ untuk melihat dunia.

Menurut kenyataan PuterryE’zzah, suaminya dalam keadaan panik cuba memandu sepantas mungkin ke hospital. Di tengah kesesakan, mereka ternampak seorang anggota polis trafik yang sedang dalam tugas untuk menahan sebuah kenderaan lain.

Artikel berkaitan: Isteri Kedua Bersalin Di Hospital Isteri Pertama Jadi Punca Rahsia Poligami Terbongkar

Artikel berkaitan: Seorang Wanita Melahirkan Bayi Di Kawasan Parkir Pusat Beli Belah, Proses Bersalin Dibantu Staf Mall

@puterryezzah

Cerita 3/365 2026 #terimakasih #Alhamdulillah #fyp #baby

♬ original sound – Sans – Sans

“Husb (suami) terus turun tingkap dan jerit beritahu urgent nak pergi hospital, bini dah bersalin,” katanya.

Menyedari kecemasan tersebut, anggota polis berkenaan terus membatalkan niatnya untuk menahan kenderaan lain dan segera memberikan bantuan iringan (escort). PuterryE’zzah sempat berseloroh bahawa pemandu Hilux tersebut mungkin ‘terselamat’ daripada tindakan polis gara-gara kehadiran bayinya yang ingin lahir pada waktu itu.

Ibu berkenaan menjelaskan bahawa bayinya telah pun keluar sepenuhnya ketika mereka masih berada di atas jalan raya. Anggota polis yang membantu pada awalnya tidak menyedari bayi sudah pun dilahirkan kerana hanya mendengar jeritan minta tolong daripada si suami.

Setelah tiba di perkarangan hospital dengan bantuan iringan polis, PuterryE’zzah segera dibawa ke dewan bersalin. Beliau menjelaskan bahawa urinya hanya keluar setelah tiba di hospital, yang secara teknikalnya menjadikan hospital sebagai tempat kelahiran rasmi mengikut prosedur Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“JPN Johor kata, kalau uri keluar di mana, jadi tempat lahir dekat situ. Jadi kes saya ni, uri keluar dekat dewan bersalin, jadi tempat bersalin dikira dekat hospital juga,” tambahnya lagi bagi menjawab persoalan netizen mengenai status tempat lahir anaknya.

Kebarangkalian seorang ibu bersalin di dalam kereta atau dalam perjalanan ke hospital, yang secara perubatan dikenali sebagai precipitous labor, dianggarkan berlaku dalam sekitar 0.1% hingga 3% daripada jumlah kelahiran.

Fenomena ini biasanya berlaku apabila proses kelahiran berlangsung sangat pantas (kurang daripada tiga jam), terutamanya bagi ibu yang pernah bersalin sebelum ini (multiparous) kerana otot rahim dan serviks mereka lebih cepat bertindak balas terhadap kontraksi.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |