Dasar Kanak-Kanak Negara dan Pelan Tindakan (2026-2030) Dilancarkan, Perangi Ancaman Siber

3 days ago 15

Transformasi sistem perlindungan kanak-kanak negara diperkukuh hari ini dengan pelancaran Dasar Kanak-Kanak Negara dan Pelan Tindakan (2026-2030) oleh Timbalan Perdana Menteri (TPM), Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi , sempena Majlis Perasmian ASEAN ICT Forum on Child Online Protection 2025.

Dasar baharu ini, yang merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) , akan bertindak sebagai dasar payung untuk memacu hala tuju negara dalam membentuk persekitaran yang selamat, inklusif, dan menyokong perkembangan holistik kanak-kanak.

Ia juga merupakan komitmen negara untuk memastikan setiap kanak-kanak di Malaysia menikmati hak yang setara dalam aspek perlindungan, perkembangan, kelangsungan hidup, dan penyertaan yang bermakna, selaras dengan prinsip Convention on the Rights of the Child (CRC).

Screenshot 2025 11 18 114801

Ahmad Zahid turut menyatakan bahawa dasar ini dirangka bagi menjawab cabaran semasa, termasuk risiko keganasan, pengabaian, eksploitasi, isu kesihatan mental, jurang digital, dan ancaman keselamatan dalam talian kanak-kanak.

Seiring dengan perkembangan digital yang pesat, Dasar Kanak-Kanak Negara ini turut menekankan keselamatan dalam talian serta perlindungan terhadap ancaman siber.

Pendekatan Kerajaan adalah melalui kerjasama rentas sempadan , perkongsian dengan industri teknologi , serta memperkasakan keluarga, guru, dan komuniti. Usaha ini bukan bertujuan untuk mengawal internet, tetapi memastikan kanak-kanak dapat meneroka, belajar, dan meluahkan diri mereka dengan selamat dan penuh keyakinan.

LM Gambar Hiasan kpwkm

Menurut TPM, kanak-kanak bukan sekadar pengguna pasif teknologi, sebaliknya mereka ialah warganegara aktif dalam dunia digital. Mereka berhak untuk didengari, dilibatkan, dan dilindungi dalam membentuk masa depan ruang digital yang selamat.

Kerjasama dan Peranan Peneraju Serantau

Selain itu, pihak kerajaan juga telah mengambil langkah untuk mengintegrasikan hak kanak-kanak dalam dasar digital melalui kerjasama dengan pelbagai agensi seperti Kementerian Komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dan Kementerian Pendidikan (KPM).

Artikel berkaitan : “Kalau hang m*ti pun biar ja la” — Roblox Punya Pasal, Budak Sekolah Rendah Paksa Kawan Buat ‘Misi’ Bahaya

Artikel berkaitan : Hilangkan Pensel Warna, Suami Isteri Tergamak Rendam Tangan Anak Angkat Dalam Air Panas

Mengakhiri kenyataan, TPM menggesa agar semua pihak termasuk agensi kerajaan, keluarga, komuniti, NGO, pihak industri, serta rakan antarabangsa dapat bersama-sama memainkan tanggungjawab dalam menjayakan Dasar Kanak-Kanak Negara dan Pelan Tindakan (2026-2030).

Beliau berharap program seperti ASEAN ICT Forum on Child Online Protection 2025 dapat menjadikan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam memperkukuh perlindungan kanak-kanak, khususnya dalam ekosistem digital.

Sumber : KPWKM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |