guru sispaa rampas vape pelajar

Seorang guru meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa dirinya dikenakan tindakan tatatertib gara-gara bertindak tegas dalam membanteras salah laku pelajar di sekolah berasrama.

Perkara itu dikongsikan oleh bekas guru dan pempengaruh, Mohd Fadli Salleh yang turut kecewa dan bersimpati dengan situasi yang berlaku terhadap guru berkenaan.

Dalam hantaran tersebut, guru berkenaan berkata niatnya untuk mendisiplinkan pelajar akhirnya memakan diri.

Difahamkan, pelajar itu tidak berpuas hati kerana telefon pintar dan vape yang diseludup ke asrama dirampas lalu mengadu kepada ibu bapanya.

Menurut Mohd Fadli, ibu bapa pelajar terbabit membuat aduan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) terhadap guru berkenaan.

Artikel berkaitan: Bekas Guru Dedah Perbuatan Cikgu Lelaki, Didakwa ‘Groom’ Pelajar Perempuan Usia 15 Tahun

Artikel berkaitan: Anak ‘Kantoi’ Bawa V*pe & Telefon Ke Sekolah, Tindakan Ibu Ini Dipuji Ramai

“Gara-gara nak cegah benda ni, akhirnya saya yang kena tindakan. Beginilah nasib sebagai seorang guru merangkap warden,” kata guru itu.

Turut dipaparkan gambar beberapa telefon pintar serta satu peranti rokok elektronik atau vape yang dipercayai dirampas.

Menurut guru tersebut, kejadian itu meninggalkan kesan buat dirinya sehingga mengubah semangatnya sebagai pendidik.

“Sekarang ni di sekolah baharu dah tak ada roh nak mendidik dah. Hanya datang sekolah mengajar. Cukup bulan ambil gaji untuk keluarga,” luahnya lagi.

595376098 25555394250722162 3554583899654793840 n

Sementara itu, Mohd Fadli berharap isu sedemikian perlu dinilai semula oleh pihak jabatan.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.