ft jemaah wanita

Tular satu video memperlihatkan detik cemas seorang wanita yang diserang secara seksual sebelum dia dipukul semasa sedang menunaikan solat di sebuah masjid.

Dalam insiden yang dilaporkan berlaku pada 31 Oktober lalu, mangsa yang berusia 22 tahun sedang menunaikan solat bersendirian di dalam masjid yang ketika itu tengah sunyi.

Artikel berkaitan : Insiden Letupan Masjid Di Jakarta: Suspek Dipercayai Seorang Pelajar

Artikel berkaitan : Gabenor Baitulmaqdis Dedah Masjid Al-Aqsa Berisiko Runtuh Jika Rejim Israel Terus Menggali

Dah lama simpan perasan tapi tak pernah kenal

Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku di sebuah masjid di daerah Bumi Waras, Bandar Lampung, Indonesia selepas rakaman CCTV masjid itu tular.

Ketua Polis Teluk Batung Selatan, Galih Ramadhan Hariomursid berkata, suspek yang dikenali sebagai Thoriq Hablana telah berjaya ditahan tidak lama selepas kejadian.

“Daripada pengakuan yang dibuat oleh pelaku, dia menaruh perasaan terhadap mangsa walaupun mereka tidak pernah berkenalan.”

Tambah Galih, suspek mendapati bahawa mangsa sering menunaikan solat di masjid berkenaan namun tidak pernah berani untuk mendekatinya.

Berdasarkan rakaman CCTV, mangsa dilihat sedang solat dalam keadaan masjid yang kosong sebelum suspek masuk dengan hanya memakai seluar pendek dan menutup wajah ala ninja.

Semasa mangsa sujud, suspek tiba-tiba duduk di atas kepala mangsa sebelum meraba di bahagian sulit dengan ganas.

Mangsa yang dalam keadaan terkejut cuba melawan tetapi lelaki itu bertindak agresif dengan memukul kepala dan wajah mangsa berulang kali.

Serangan itu terhenti apabila ada seorang lagi wanita lain masuk ke dalam masjid, yang menyebabkan suspek melarikan diri. Mangsa kini dikatakan sedang menerima rawatan akibat kecederaan serangan tersebut.

Sumber : mStar Online