syaz ft 2025 12 09T120807.112

Seorang ibu berasa luluh hati selepas mengetahui anak perempuannya yang berusia 16 tahun, yang disangkanya hanya mengalami sakit perut biasa, rupa-rupanya sedang hamil.

Perkara itu disedari wanita tersebut ketika membawa anaknya mendapatkan rawatan di sebuah klinik.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Johari Yahya berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa pada Mei lalu.

Artikel berkaitan: Polis Lanjutkan Tahanan Lelaki 54 Tahun, R*gol Jiran Umur 13 Tahun

Artikel berkaitan: 91 Peratus Kes R*gol Di Kedah Disebabkan ‘Suka Sama Suka’ – Ketua Polis Kedah

“Sebelum itu, wanita berkenaan membawa anaknya yang mengadu sakit perut ke klinik, namun ketika itu doktor mengesyakinya mengalami gastrik.

Beberapa bulan kemudian, mangsa telah buat rawatan susulan selepas perutnya dilihat makin membesar dan ibunya terkejut apabila pihak hospital mengesahkannya hamil,” katanya.

Beliau berkata, ibu remaja tersebut kemudian membuat laporan polis kerana mengesyaki anaknya telah dirogol di tempat kerja oleh rakan sekerjanya, seorang warga Bangladesh.

Susulan laporan itu, polis menahan suspek berusia 31 tahun di Balai Ketibaan KLIA kira-kira jam 11.44 pagi Isnin.

“Hasil soal siasat yang dijalankan, suspek mengaku terlibat dalam kes rogol dengan mangsa yang merupakan rakan sekerjanya.

Selepas kejadian, suspek telah melarikan diri dengan pulang ke Bangladesh dan suspek mengaku melakukan perbuatan rogol tersebut sebanyak empat kali,” katanya.

Beliau menambah, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban esok bagi permohonan reman.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.