peminat nafi hina ibu amad diallo

Kecoh sejak semalam isu melibatkan bintang Manchester United, Amad Diallo ketika berada di Kuala Lumpur apabila menunjukkan isyarat lucah kepada peminat tempatan.

Kejadian ini berlaku selepas pasukannya tewas kepada ASEAN All Stars dalam perlawanan jelajah pasca musim pada Rabu malam.

Menurut pemain berusia 22 tahun itu, tindakannya berpunca kerana ibunya dihina, yang jelas menyinggung perasaannya sebagai seorang anak.

Berita itu turut dilaporkan oleh portal besar seperti Daily Mail sekali gus membuatkan ramai peminat antarabangsa mengecam tindakan penyokong di Malaysia.

Artikel berkaitan: Amad Diallo Dedah Punca Tunjuk Isyarat Luc*h, Dakwa Ibu Dihina

Artikel berkaitan: Suasana Meriah Bertukar Kecoh, Bintang Manchester United Tunjuk Jari Tengah Kepada Penyokong Selepas Kalah

GsDPZWPaUAE3PNh 1

Penyokong di Malaysia dakwa difitnah

Bagaimanapun, penyokong tempatan berasa kecewa dan menafikan kenyataan yang dibuat oleh Amad tentang dakwaan menghina ibunya.

Seorang penyokong memuat naik video jarak dekat mengenai kejadian terbabit. Menerusi video yang dikongsikan itu, tidak kedengaran peminat kelab gergasi bola sepak Inggeris itu menyebut nama ibu pemain berkenaan.

Dapat dilihat, penyokong hanya bersorak girang menyambut kedatangan para pemain yang keluar dari bas. Bagaimanapun, pemain itu keluar dari bas terus menunjukkan jari tengah.

@ahmdhakimi

Replying to @Maverick we only addressed him as Amad, with no disrespect intended. Thank you Bruno el capitan, Mason, Casemiro, Jonny ⚪️🔴

♬ original sound – ahmdhakimi – ahmdhakimi

Justeru, peminat berharap video ini dapat membersihkan nama peminat Man United Malaysia yang difitnah Amad Diallo.

Pun begitu, ada juga mendakwa ia bukan berkaitan nama ibunya namun berkaitan panggilan nama Diallo yang tidak digemari pemain terbabit.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.