‘Cantik Tapi Berbahaya’, Gunung Rinjani Bakal Ada Peraturan Lebih Ketat Susulan Bilangan Korban Yang Meningkat

12 hours ago 8

Susulan beberapa insiden membabitkan pendaki antarabangsa, pihak berkuasa Indonesia kini sedang melakukan semakan semula terhadap sistem pendakian Gunung Rinjani, gunung berapi ikonik yang terletak di Pulau Lombok.

Difahamkan, kerajaan Wilayah Nusa Tenggara Barat (NTB) bakal melakukan rombakan besar-besaran terhadap peraturan dan protokol keselamatan bagi aktiviti pendakian di situ.

“Kami akan perkemas peraturan sedia ada demi memastikan Rinjani terus jadi destinasi pendakian bertaraf dunia yang mampan,” kata Timbalan Gabenor NTB, Indah Dhamayanti Putri.

Gunung Rinjani yang merupakan gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia memang jadi tumpuan pendaki dari seluruh dunia.

Tapi dalam masa yang sama, laluan ekstrem dan cuaca yang sukar dijangka turut menyumbang kepada beberapa insiden maut, termasuk tragedi melibatkan pendaki dari Brazil, Juliana Marins, pada 21 Jun lalu.

Sebelum ini, pihak Taman Negara Gunung Rinjani (TNGR) pernah tutup semua laluan pendakian dari Januari sampai 2 April untuk kerja-kerja pemulihan ekosistem dan persediaan menghadapi musim hujan.

Laluan dibuka semula pada 3 April menerusi sistem e-tiket baharu, eRinjani.

Antara peraturan keselamatan baharu yang diperkenalkan termasuklah:

  • Pendaftaran wajib secara dalam talian guna sistem eRinjani
  • Had kuota pendaki setiap hari
  • Tempoh pendakian maksimum 4 hari 3 malam
  • Wajib guna pemandu arah dan porter bertauliah
  • Waktu daftar masuk dan keluar ditetapkan untuk pantau pergerakan pendaki
  • Larangan guna plastik sekali guna dan polisi ‘bawa naik, bawa turun’ sampah

Artikel berkaitan: Seorang Pendaki Malaysia Dilaporkan Cedera Lepas Terjatuh Ketika Mendaki Gunung Rinjani Di Indonesia

Artikel berkaitan: “Terperangkap hampir 4 hari” – Pelancong Brazil J*tuh Di Gunung Rinjani Ditemui Meninggal Dunia

gunung rinjaniGunung Rinjani

Semakan sistem ini juga dibuat selepas operasi menyelamat yang cukup mencabar bagi membawa turun jenazah Juliana. Difahamkan, proses itu memerlukan pemandu arah tempatan, Agam Rinjani, untuk turun sejauh 600 meter ke kawasan tebing curam.

Menurut Gunawan Arifin, renjer TNGR, operasi itu membuktikan bahawa peraturan sedia ada masih longgar, terutamanya dari segi syarat peralatan dan taklimat keselamatan kepada pendaki asing.

“Kita perlukan sistem amaran awal yang lebih cekap dan komunikasi yang jelas, terutamanya bila cuaca tiba-tiba berubah,” katanya.

Difahamkan, matlamat jangka panjang kerajaan NTB adalah untuk memastikan Gunung Rinjani kekal selamat dan lestari. Mereka juga mahu pastikan keseimbangan antara pemeliharaan alam sekitar dan manfaat ekonomi kepada komuniti tempatan.

“Gunung ini tanggungjawab kita. Kita kena pastikan ia terpelihara, demi masyarakat setempat dan pendaki dari seluruh dunia,” kata Timbalan Gabenor Indah.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |