Isu kebakaran hutan dan lahan (Karhutla) di Kalimantan, Indonesia nampaknya kembali mencetuskan kebimbangan ramai selepas beberapa keping foto dan video tular di media sosial menunjukkan keadaan jerebu yang semakin parah di wilayah berkenaan.
Menerusi perkongsian seorang pengguna media sosial dengan nama akaun @/nizarzulme, beliau memuat naik beberapa visual terkini sekitar Kalimantan yang memaparkan suasana suram dan menakutkan akibat asap tebal serta langit yang bertukar warna merah keemasan.
Artikel berkaitan: Kenyataan’Asap Tak Ada KTP’ Menteri Indonesia Cetus Rasa Kurang Senang Netizen
Artikel berkaitan: “Bukan setakat jerebu” – Individu Ini Terkejut Jumpa Sampah Dari Negara Jiran Hanyut Di Pantai Desaru
Dalam hantaran tersebut, pemuda berkenaan meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak yang menganggap situasi di Kalimantan berada dalam keadaan tenang dan selamat.
“Buat yang bilang Kalimantan ‘baik-baik saja’, coba buka mata lebar-lebar. Semua deretan krisis ini benar-benar terjadi di Kalimantan hanya dalam kurun waktu satu bulan terakhir,” tulisnya.
Foto-foto yang dikongsikan jelas menunjukkan kenderaan terpaksa menyalakan lampu pada siang hari berikutan jarak penglihatan yang semakin terhad.
Malah, ada kawasan yang memperlihatkan suasana seolah-olah gelap berikutan asap tebal dan kepekatan debu di udara.
Perkongsian berkenaan bukan sahaja menarik perhatian warga tempatan di sana, malah turut mengundang respon dan perbincangan hangat dalam kalangan netizen. Rata-rata mula meluahkan rasa bimbang sekiranya isu ‘Karhutla’ ini berlarutan hingga membawa jerebu rentas sempadan.

Sebagai info, isu kebakaran hutan dan lahan (Karhutla) di Kalimantan sering menjadi perhatian serantau setiap kali tiba musim kemarau.
Keadaan angin yang bertiup ke arah utara dan barat laut berisiko membawa debu serta asap tebal merentasi sempadan, sekali gus boleh menjejaskan kualiti udara dan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negara jiran seperti Malaysia dan Singapura.
Sumber: Threads

10 hours ago
5































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















