bagi makan kucing depan premis bau busuk

Memberi makan kepada kucing jalanan merupakan salah satu sikap terpuji dan sebagai umat Islam, kita diajar supaya berbuat baik sesama makhluk.

Namun, ada segelintir individu yang tidak memikirkan tempat yang lebih baik ketika memberikan makanan kepada kucing sehingga dia tidak sedar sebenarnya telah menggangu ketenteraman awam seperti mengakibatkan najis atau bau yang tidak menyenangkan.

Situasi ini dialami seorang pemilik kedai yang kesal dengan sikap individu yang memberi makanan kepada kucing di hadapan premisnya sehingga menyebabkan ia menjadi kotor dan bersepah.

Artikel berkaitan: Terpaksa Tinggalkan Bersendirian Di Rumah Sebab Balik Kampung, Tuan Kucing Sedih Bila ‘Check’ CCTV

Screenshot 2025 03 11 140805

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di media sosial, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang wanita sedang memberi makanan kepada beberapa ekor kucing jalanan di hadapan premis pada waktu malam.

Pemilik kedai mendakwa kejadian ini sudah berlaku beberapa kali dan kecewa kerana dia dan kakitangannya terpaksa berhadapan bau busuk najis haiwan itu pada keesokan hari.

“Ya kucing memang makan tapi korang fikir tak apa yang jadi lepas kucing tu makan?

“Sisa makanan tu akan jadi bersepah, bau busuk dan hanyir. Yang hadap bukan korang, tapi orang lain yang jadi mangsa.

“Pagi-pagi staf kitorang datang kerja. Tapi apa yang diaorang dapat, hadap lantai penuh dengan sisa makanan dan bau busuk,” katanya.

Justeru, dia menasihati kepada mereka yang memberikan makanan kepada kucing perlu mencari tempat yang sesuai dan menggunakan bekas makanan supaya tidak bersepah.

Perkongsian video itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang bersetuju dengan luahan pemilik kedai ini yang mana pemberi makanan sepatutnya bertanggungjawab selepas memberi makanan kepada kucing.

Screenshot 2025 03 11 140127 Screenshot 2025 03 11 140149 Screenshot 2025 03 11 140345

Pun begitu, ada juga yang beranggapan pemilik kedai ‘berkira’ untuk bersihkan kawasan kotor di hadapan premisnya.

Screenshot 2025 03 11 140427Screenshot 2025 03 11 140316Screenshot 2025 03 11 140255

Pandangan korang pula macam mana? Korang pun boleh buat bacaan lanjut tentang isu ini di Maktabah Al Bakri.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.