pemakaian lencana jalur gemilang pada pelajar

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menguatkuasakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar bagi memupuk perpaduan di antara murid pelbagai kaum, budaya dan latar belakang.

Susulan itu, KPM akan membekalkan dua unit lencana Jalur Gemilang secara percuma bagi semua pelajar untuk sesi persekolahan 2025/2026.

Pemakaian lencana ini menurut KPM akan dilaksana pada pakaian seragam pelajar di institusi bawah kelolaannya berkuat kuasa mulai 21 April 2025 secara berperingkat.

‼️ TERKINI ‼️

KPM laksana pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di semua institusi pendidikan kelolaannya berkuatkuasa 21 April ini#BernamaNews @KemPendidikan pic.twitter.com/t1pAwTLwCk

— BERNAMA (@bernamadotcom) March 27, 2025

Inisiatif ini juga menurutnya akan membabitkan semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Inisiatif ini bertepatan dengan fungsi institusi pendidikan untuk menyemai rasa cinta akan negara dan menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda,” kata kenyataan tersebut.

Berikut adalah antara cara-cara pemakaiannya: 

435e74c0 baju sekolah baru ss 260325

bhrajah2 1743035739

bhrajah3 1743035740

bhrajah4 1743035742

bhrajah5 1743035744

bhrajah7 1743035748

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.