Berhijab & Sambut Ramadan, Kae Asakura Kongsi Bagaimana Malaysia ‘Pengaruhinya’ Peluk Islam

6 hours ago 1

Nama bekas bintang filem dewasa, Kae Asakura yang juga dikenali sebagai Rae Lil Black menjadi perhatian selepas wanita itu dikhabarkan telah memeluk agama Islam.

Ia susulan tular video Asakura tampil dengan imej baharunya dengan mengenakan pakaian menutup aurat dan menzahirkan rasa terujanya menyambut bulan Ramadan buat kali pertama.

Walaupun dalam perkongsian di media sosialnya tidak menyatakan dirinya kini sudah memeluk Islam, ramai yang percaya pempengaruh itu juga telah menjadi seorang mualaf.

@raelilblack.official

My day went very easy and peace 🤲🏻🤍🌙 #ranadan #ramadan2025

♬ original sound – RaeLilBlack – RaeLilBlack

Artikel berkaitan: Jemaah Masjid Terkejut Tengok Shawn Mendes Hadiri Solat Jumaat Di New York

Kae Asakura jalani ibadah puasa di Malaysia

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Asakura berkongsi ketenangan serta pengalamannya mengimarahkan beberapa masjid terkemuka di Malaysia.

Semalam, Asakura dilihat berada di ibu kota apabila berkongsi beberapa momen dirinya berada di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra, Putrajaya.

Sebelum ini, dia memuat naik foto berada di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan sambil berkongsi sempat solat Asar, Maghrib, Isyak serta sunat Witir di masjid berkenaan.

IMG 1800 Screenshot 2025 03 12 120421

Terbuka hati dengan Islam ketika berada di Malaysia

Susulan berita mengenainya memeluk Islam, Asakura dalam satu temu bual bersama pengacara dari Singapura, Dzar Ismail berkongsi bagaimana Malaysia ‘mempengaruhinya’ mendalami agama Islam.

Menurut Asakura, dia pertama kali mengenakan hijab ketika berada di ibu kota untuk melawat masjid dan berinteraksi dengan orang Muslim untuk memahami lebih lanjut tentang Islam.

“Mereka sangat baik dan menyambut kedatangan saya dengan tangan terbuka. Jadi, saya terdetik untuk mencuba memahami budaya mereka.”

Katanya lagi, dia berulang kali belajar solat menerusi laman YouTube dan pergi ke masjid untuk menunaikan solat di sana.

“Saya ke masjid dan cuba solat buat pertama kali. Memang sangat berterabur bila fikirkan semula. Ketika itu solat Maghrib tapi saya hanya buat 2 rakaat sahaja kerana saya tidak memahami sepenuhnya.

“Saya buat begitu (solat) kerana saya mencari pertolongan daripada ‘sesuatu yang besar’ dan ‘berkuasa’ dan selepas saya buat saya rasa sangat lega.”

@dzar_ismail

“These people are so nice; why don’t I try to understand their culture?” @raelilblack on her interactions with Malaysians, whom she credited as the catalyst for her journey to embracing Islam. ❤️🇲🇾 ▶️Full ﻡ – mim podcast in Spotify

♬ original sound – Dzar Ismail – Dzar Ismail

Jelas Asakura, sejak dari itu dia berasa kerisauan dalam dirinya semakin berkurangan dan menjadi lebih baik setiap hari.

Dalam pada itu, Asakura berkongsi nasihat kepada mereka diluar sana yang mahu mendalami agama Islam, melawatlah negara-negara Islam dan bersungguh dalam mendalami ilmu agama.

Alhamdulillah, semoga Asakura kekal istiqamah dalam mendalami agama Islam.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |