ft ibadah korabn

Seorang lelaki berusia 52 tahun dari Palembang, Indonesia yang dikenali sebagai Suyanto menjadi mangsa tetak oleh seorang lelaki, difahamkan, ia bermotifkan dendam daripada suspek disebabkan tidak diajak untuk uruskan ibadah korban.

Menurut laporan detik.com, polis mengatakan bahawa kejadian itu terjadi di hadapan masjid saat Suryanto yang merupakan Ketua Ahli Jawatan Kuasa (AJK) untuk ibadah korban itu sedang lapah daging, ianya berlaku pada 7 Jun lepas kira-kira jam 10.15 pagi.

Artikel berkaitan : Ramai Netizen Terkilan Tengok Video Viral Didakwa Daging Korban Hampir 20Kg Terbuang Di Kawasan Sampah

Artikel berkaitan : Lembu Korban Terjun Laut, Dipercayai Hanyut

Menurut polis, pelaku terusdatang dan serang ke bahagian muka mangsa sebelum melarikan diri ke Indralaya, Ogan Ilir. Susulan kejaidan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian tulang hidung dan tulang pipi kanan.

korban pembacokan bernama suyanto yang masih dirawat di rumah sakit 1749540170800 169

Siasatan kini masih lagi dijalankan dan suspek dilaporkan telah ditahan setelah menyerah diri di Balai Polis Seberang Ulu I sambil ditemani ahli keluarga.

Sumber : detik.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.