Bekas Guru Dedah Perbuatan Cikgu Lelaki, Didakwa ‘Groom’ Pelajar Perempuan Usia 15 Tahun

12 hours ago 6

Bekas guru, Mohd Fadli Salleh dalam satu posting di Facebook semalam telah mendedahkan perbuatan jijik seorang cikgu lelaki yang didakwa telah melakukan perbuatan ‘grooming’ terhadap seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun.

Menurut Fadli, kejadian ini bermula apabila cikgu berkenaan didakwa telah menghantar mesej WhatsApp untuk bertanya khabar dan menunjukkan rasa ambil berat kepada pelajar berkenaan sebelum mesej-mesej berkenaan berubah menjadi perbualan ‘manja’.

Dan inilah dia dipanggil ‘grooming’. Awal-awal cakap elok, tanya khabar, tunjuk ambil berat. Bila nampak budak dah start layan, mula masuk jarum slow-slow.

“Suruh panggil abang. Lepas tu mula gurau soft porn dulu, bab muah, hug, kiss, bla…bla…bla…

“Lepas tu ajak jumpa. Mulanya ajak jumpa dalam bilik kat sekolah (pun banyak kes berlaku rogol/seks dalam sekolah), lepas tu mungkin check in ke, rumah ke apa pula,” tulisnya.

fadli 1666093300

Tambahnya lagi, pelajar perempuan yang menerima mesej begini pasti merasa ‘cair’ dengan layanan yang diberikan guru tersebut, walhal tugas seorang guru sepatutnya melindungi pelajar berkenaan daripada gejala buruk tersebut.

Laporan polis difahamkan telah dibuat berhubung kes ini dan guru ini juga telah dilaporkan ke SISPAA.

Dengar kata, cikgu tersebut ditukar ke sekolah lain. Harap cikgu tu betul-betul insaf dah la. Jangan jadikan pelajar sekolah lain jadi mangsa pula,” katanya lagi.

Bersama perkongsian itu, disertakan juga perbualan mesej di antara ‘Cikgu Fadil’ dan pelajar berkenaan yang membuatkan rata-rata netizen pedih hati membacanya.

Artikel berkaitan: Pelajar Tingkatan 2 Direman 4 Hari, Didakwa Lakukan Amang Seksual Kepada Rakan Sekolah

Artikel berkaitan: Kanak-kanak Diumpan Basikal Percuma Jadi Mangsa Amang Seksual

“Kes satu lagi ni lagi naya…”

Fadli Salleh juga mendedahkan satu lagi kes yang lebih kurang sama situasinya, namun meninggalkan kesan yang tidak baik kepada guru yang cuba membantu pelajar yang terlibat dalam kes itu.

Kes satu lagi ni lagi naya. Pelajar buat report kat pengetua, namun pengetua ambil remeh aduan pelajar. Pelajar pun report kat guru lain yang cakna. Guru cakna ni buat report terus ke PPD.

“Malangnya pengetua marah kat guru cakna kerana dikatakan melangkaui kuasa dia. Hasilnya, guru cakna ini ditukarkan sekolah.

“Guru lucah tu pun kena tukar juga. Tapi naya kat guru cakna, dia nak melindungi murid-murid dia, tapi ditukarkan. Dah jadi susah pengurusan harian dia nak hantar anak sekolah, jarak dan sebagainya,” katanya.

amang seksual 1024x683 1

Kes tersebut juga menurutnya sudah dibuat laporan kepada pihak polis dan SISPAA serta ia juga dikatakan berlaku di Alor Setar, Kedah.

Dalam masa yang sama, Fadli berharap pihak Kementerian Pendidikan mengambil serius isu berkaitan amang seksual ini kerana sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat buat para pelajar dan bukannya lubuk golongan predator dan pedofilia.

Sumber: Facebook

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |