Insiden kereta terjatuh ke dalam gaung semalam telah meragut dua nyawa iaitu pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pada hujung Disember ini.
Lebih menyayat hati apabila menurut polis, baju pengantin telah ditemui di dalam kereta SUV yang dipandu oleh mangsa itu, lapor Harian Metro.
Ibu kepada mangsa, Suzaimah Che Azis menceritakan kepada media bahawa anaknya itu dan seorang lagi mangsa, Hassan Shazali sepatutnya berkahwin pada 25 Disember ini dan majlis tersebut dirancang bakal diadakan secara kecil-kecilan.

Artikel Berkaitan: Kenderaan Jatuh Gaung, Pasangan Pengantin Terkorban
Artikel berkaitan: Gagal Elak Tanah Runtuh, Kereta Terjunam Ke Dalam Gaung Di Gua Musang
Lima dulang hantaran merupakan antara persiapan yang telah dibuat oleh anaknya itu untuk majlis berkenaan.
Difahamkan juga, mangsa berhasrat untuk pakai busana tema hitam pada hari perkahwinannya nanti, lapor Sinar Harian.
Mengikut perancangan, keluarga sebelah lelaki akan bertandang ke rumah belah perempuan untuk berbincang lanjut mengenai majlis tersebut namun dia tidak menyangka perancangan itu hanya tidak dapat dilaksanakan apabila kedua-dua mereka terkorban dalam insiden terbabit.
Sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada kedua-dua mangsa.
Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

7 hours ago
5































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















