syaz ft 2025 03 03T124502.175

Nampak gayanya, pergolakan rumah tangga pempengaruh Cik Epal dan bekas suami, Jofliam masih belum bertemu titik noktah.

Kali ini, ia melibatkan hak penjagaan ke atas dua anak mereka, Han dan Yuki. Sebelum ini, video Cik Epal menjerit ketika dihalang untuk mengambil dua anaknya itu.

Artikel berkaitan: “Jangan buat harta macam kau sorang” – Cik Epal Bawa Polis Datang Rumah Jofliam, Dedah Berbulan Terpisah Dengan Anak

Artikel berkaitan: Dewi Mahu ‘Lawan’ Cik Epal Di Mahkamah, Tegas Kenyataan Di Podcast Adalah Benar Belaka

Terbaru, Cik Epal menerusi Instagram miliknya mendedahkan dia sudah pun menjalankan segala permintaan bekas suaminya itu jika ingin mengambil anaknya, namun selepas ianya sudah dilakukan Jofliam masih berkeras untuk memberikan dua anak mereka itu kepadanya.

“Kau ingat aku takut dengan kau ke? Ciked tak takut. So apa lagi yang kau tak puas hati? Sebenarnya kau memang tak nak bagi Han&Yuki kan?,” tulisnya di kapsyen.

Dalam hantaran itu, Cik Epal mendedahkan tangkap layar mesej dengan bekas suaminya itu yang memaparkan Jofliam menyuh Cik Epal pulang meskipun sudah gilirannya untuk mengambil anak-anaknya itu.

Kenapalah sampai macam ni ya?

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.