Kalau korang mengikuti gosip artis di negara seberang, pasti korang cakna dengan isu melibatkan pelakon lelaki terkenal, Baim Wong dan isterinya yang kini dalam proses perceraian.
Baim dikatakan memfailkan perceraian terhadap Paula Verhoeven kerana mendakwa isterinya itu curang dan sehingga kini perceraian mereka tidak dapat disahkan dari segi undang-undang kerana gagal mencapai kesepakatan.
Artikel berkaitan: “Lelaki itu rakan baik saya sendiri” – Baim Wong Dedah Punca Fail Cerai Terhadap Isteri
Artikel berkaitan: [VIDEO] Netizen Tersentuh Tengok Baim Wong Bantu ‘Repair Aircond’ Kereta Pakcik Di Langkawi, Siap Belanja Makan!
Anak-anak menangis ketika dibawa berjumpa ibu sendiri?
Terbaru, tular pula video yang dimuat naik Baim menunjukkan kedua-dua anaknya, Kiano Tiger Wong dan Kenzo Eldrago Wong dilihat menangis ketika dibawa berjumpa dengan Paula.
Menurut Suara, tangisan anak-anak ini dapat didengar dari dalam kereta lagi ketika mereka berada di luar untuk berjumpa dengan ibu mereka.
Lebih mengejutkan, saat Paula cuba untuk mendekati Kenzo yang berada di pangkuan Baim, anak-anak itu dilihat menangis.
Baim Wong up video nunjukin anaknya gak mau ketemu Paula
Anak nya langsung panik pas Baim ngomong mau ke Paula sendirian aja😔 apa yang udah anaknya liat sampe setakut itu🥺 pic.twitter.com/QuL3s03nxj
— 𓆝 𓆟 𓆞 𓆝 𓆟 (@whoopziiy) March 12, 2025
Video berkenaan kemudian mendapat perhatian pengguna X yang mendakwa tindakan Baim memuat naik video itu berlebihan kerana dia tidak patut melibatkan anak-anaknya dalam isu cerai dengan isteri.
Malah ada juga yang bimbang mental anak-anak Baim dan Paula ini terganggu dek kerana isu perceraian yang dilalui ibu bapa mereka.
Baim tolong berhenti ya. Kasihan psikologi anak. Orang tua boleh cerai tapi jangan dijadikan kejadian balas membalas.
“Kasihan anaknya, semoga mereka membesar jadi anak-anak hebat. Urusan orang tua, tolong anak jangan kena tempiasnya, kasihan mereka,” tulis warganet yang prihatin.
“Saya tak pernah ajar anak membenci ibu mereka”
Baim walau bagaimanapun dalam satu kenyataan menegaskan bahawa dia tidak pernah cuba memisahkan anak-anak dengan isterinya, meskipun mereka mengalami kemelut rumah tangga.
Katanya lagi, dia berani bersumpah di atas nama ibu bapanya dan menafikan yang dia menghasut anak-anak membenci ibu mereka sendiri.
Saya tidak pernah ajar anak membenci ibu mereka. Mahu bersumpah? Ibu bapa saya tak mungkin masuk syurga jika saya buat begitu.
“Itu sudah paling tinggi. Nyawa adalah orang tua saya sendiri. Saya bersumpah di hadapan anda semua,” katanya kepada media Indonesia.
Kata Baim lagi, membesarkan anak bersama Paula adalah cara yang terbaik supaya kedua-dua anak lelakinya itu tidak pernah merasa kehilangan kasih sayang ibu bapa.
Dia juga menyangkal dakwaan menghalang Paula berjumpa anak-anak seperti yang ramai perkatakan sebelum ini.
Saya tidak pernah menghalang, namun ada pula cerita dia sudah lama tidak berjumpa anak.
“Hubungan anak-anak dan ibunya semakin baik malah kalau dia mahu bermalam di rumah pun tidak ada masalah,” katanya.
Untuk rekod, Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018 lalu. Mereka mempunyai dua cahaya mata iaitu Kiano, 3 dan Kenzo, 2 tahun.