surau musolla halaman 11

Kecoh diperkatakan di media sosial kisah seorang pakcik yang diminta beredar dari beribadat di sebuah surau di Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu semalam.

Pihak AJK musolla tersebut telah menjelaskan perkara sebenar tentang kejadian itu di mana tindakan tersebut yang dilakukan oleh seorang wanita (si perakam video) yang bukanlah AJK surau. Boleh baca penjelasan pihak AJK Musolla Halaman 11 di sini.

Susulan video yang tular itu, seorang individu yang dipercayai merupakan anak lelaki kepada pakcik berkenaan telah meluahkan kekesalannya terhadap tindakan wanita itu yang meminta bapanya itu beredar dari musolla berkenaan.

3 2

Artikel Berkaitan: “Yang rakam bukan AJK surau”- Tular Seorang Pakcik Yang Sedang Beribadah Dihalau Dari Surau Di Bandar Rimbayu, Pihak AJK Jelaskan Perkara Sebenar

Artikel Berkaitan: “Tolong jangan halau saya” – AJK Surau Bantu Wanita India, Ditemui Dalam Keadaan Cemas Bersama Bayi

Menurut anak pakcik tersebut, bapanya telah ke surau itu untuk solat Subuh dan selepas solat, bapanya akan duduk sebentar di rumah ibadah itu membaca Al-Quran sambil menunggu waktu solat Dhuha. Selepas selesai solat Dhuha, barulah bapanya itu akan pulang.

Abah saya bukan tidur dalam surau. Bukan buat bising. Bukan ganggu sesiapa. Dia cuma duduk diam, baca Quran, tunggu waktu Dhuha lepas tu nak balik.

Kalau beginilah layanan kita terhadap orang tua yang datang ke rumah Allah, apa yang tinggal pada kita sebagai masyarakat?

Kita jaga surau, ya. Tapi jangan sampai kita jaga bangunan, tapi lupa jaga adab, “ tulisnya.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.