Lima individu ingin mendapatkan wang dengan bertindak luar kebiasaan apabila mereka mencuri penapis air yang disediakan di masjid kemudian menjualnya di media sosial.
Kes itu berlaku di Nilai dan Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, empat daripada suspek didapati positif dadah dan semuanya mempunyai rekod jenayah.
Artikel berkaitan: Baru 20 Minit Diikat Jamin, Pemandu Lori Langgar Anggota FRU Ditahan Semula Sebab Kes Curi Lembu
Artikel berkaitan: Pemandu Bas Hilang Pencen Lebih RM300,000 Gara-gara Curi RM31
“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Nilai dan Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan berjaya menahan lima lelaki tempatan.
Mereka berumur antara 20-an hingga 40-an ditahan dalam dua siri tangkapan yang dijalankan di kawasan Pangsapuri Bandar Tasik Kesuma dan Beranang, Selangor,” katanya.
Menurutnya, tangkapan pertama dilakukan kira-kira 12 tengah hari 3 Julai membabitkan dua suspek utama, diikuti dengan tangkapan kedua ke atas tiga lagi suspek pada hari sama pada 12.15 tengah hari.
[Kenyataan Media @ NS Daily]
TANGKAPAN LIMA LELAKI WARGA TEMPATAN BERSABIT KES CURI MESIN PENAPIS AIR DI DALAM MASJID.
Sumber: IPD Nilai#AllahJagaKita #terusberusaha#JanganPutusAsa pic.twitter.com/9iuLJeZxbv
— NS_Daily (@ns_daily2018) July 3, 2025
Tambahnya, hasil tangkapan membawa kepada penemuan dan rampasan barang kes utama, iaitu satu unit mesin penapis air yang dicuri pada 30 Jun 2025.
“Turut dirampas ialah sebuah Proton Gen-2, telefon bimbit, pakaian dipakai suspek ketika kejadian dan peralatan digunakan untuk mencabut mesin berkenaan.
Hasil siasatan awal mendapati semua suspek menggunakan media sosial untuk mencari pembeli barang curi dan menyasarkan masjid yang kurang pengunjung, dan mencuri penapis air yang diletakkan di luar ruang solat.
Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah membabitkan kes jenayah dan narkotik. Ujian saringan air kencing mendapati empat daripada lima suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.
Difahamkan, permohonan reman terhadap suspek dibuat pagi ini bagi meneruskan siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
Sumber: Harian Metro