4 Penyanyi Hollywood Yang Struggle Nak Jual Tiket Konsert Walaupun Nama ‘Letup’

8 hours ago 7

Nampaknya musim konsert di Malaysia sudah tiba, seperti yang kita sedia maklum ramai penyanyi di Malaysia mahupun dari negara jiran baru sahaja melakukan konsert di ibu negara. Antaranya, Melly Goeslow, Rossa, KRU, Kris Dayanti dan ramai lagi. Bahkan ada juga penyanyi yang bakal melakukan konsert dan membuatkan ramai peminat mereka teruja.

Disebabkan itu, ingin admin kongsikan senarai penyanyi Hollywood yang struggle nak jual tiket konsert jelajah mereka atas beberapa sebab. Boleh dikatakan kesemua nama yang min list ini nama mereka yang sangat ‘letup’.

Ada yang sanggup turunkan harga tiket tau!

Artikel berkaitan : 6 Selebriti Hollywood Yang Kena Banned Dari Negara Luar, 2 Artis Ini Takkan Masuk Malaysia!

Artikel berkaitan : 4 Selebriti Hollywood Yang Ada ‘Childhood Trauma’ Sebelum Popular

1.Jennifer Lopez

Screenshot 2025 06 26 182405

Jennifer Lopez ada melancarkan album baharu yang berjudul This Is Me..Now pada Februari 2024, bagaimanapun hasil jualan albumnya lebih rendah daripada album yang sebelumnya di mana hanya mengutip 14,000 pada minggu pertama, hanya lebih satu pertiga daripada 33,000 salinan album sebelumnya “A.K.A.” yang dilancarkan pada 2014 iaitu minggu jualan terendahnya pada masa itu.

Oleh itu, penyanyi lagu Lets Get Loud itu telah merancang untuk melakukan konsert jelajah yang menjangkau 30 bandar di Amerika Utara antara Jun dan Ogos 2024 dan akan menjadi konsert jelajah pertamanya dalam tempoh 5 tahun.

Bagaimanapun, ketika sedang giat menjalankan konsert jelajah itu, JLo tiba-tiba mengumumkan bahawa konsert jelajah This Is Me..Now Tour tidak akan diteruskan. Menerusi satu kenyataan, JLo mengatakan bahawa dia mahu meluangkan masa bersama anak, keluarga dan kawan rapatnya.

Namun, ada mendakwa bahawa pembatalan konsert itu mungkin disebabkan penjualan tiket yang tidak memberangsangkan. Dilaporkan juga bahawa pada awal Mac tahun lepas, JLo telah membatalkan 7 konsert jelajahnya.

Pembatalan konsert itu dibuat saat namanya sedang hangat menjadi buah mulut orang ramai tentang pergolakan rumah tangganya dengan pelakon Ben Affleck pada ketika itu.

2. Justin Timberlake

Screenshot 2025 06 26 182536

Justin Timberlake yang diberi jolokan Prince of Pop sering menjadi kegilaan orang ramai, bagaimanapun konsert jelajahnya dikatakan tidak memberangsangkan dan banyak yang memberikan ulasan buruk.

Bahkan sumber melaporkan bahawa penjualan tiket untuk konsert terakhir The Forget Tomorrow World Tour juga agak mengecewakan. Menurut ulasan dan kritikan orang ramai, konsert tersebut terlalu banyak memainkan lagu-lagu yang ramai penonton tidak kenal.

Biarpun Timberlake melakukan persembahan lagu terkenal seperti Can’t Stop the Feeling, Cry Me a River dan Rock Your Body, ramai yang labelkan persembahannya itu tidak menarik.

3. Beyonce

Screenshot 2025 06 26 182706

Bintang ikonik, Beyonce Giselle Knowles-Carter yang menjadi kegilaan orang ramai pada sekitar tahun 2022 ada melancarkan album Renaissance dan pada tahun 2023, dia mengadakan Rennaisance World Tour dan tiket semuanya habis dijual. Ia boleh dikatakan seperti satu fenomena, setiap kali dibuka, pasti habis dalam sekelip mata.

Namun begitu, pada tahun lepas, Beyonce ada melancarkan album baharu yang berjudul Cowboy Carter, bagaimanapun untuk jelajah yang dilancarkan tahun ini, sumber melaporkan bahawa penyanyi lagu Crazy In Love ini agak struggle untuk menjual tiket konsertnya. Menurut TMZ, ketika ingin melakukan konsert di Los Angeles, masih ada 3,800 tempat kosong, malah harga tiket pun terpaksa diturunkan.

4. Katy Perry

Screenshot 2025 06 26 183117

Katy Perry pun dikatakan mempunyai kesukaran untuk melariskan jualan tiket konsertnya.Di Houston, lokasi pertama di Amerika bagi jelajah Amerika Utara, difahamkan tiket yang paling murah yang berharga $97 pun masih ramai yang tak beli. Berdasarkan laman sesawang pembelian tiket itu, masih banyak yang kekosongan.

Lebih teruk lagi, di Minneapolis, hanya satu pertiga daripada 20,000 tempat duduk di Pusat Sasaran Twin Cities telah diisi dan ia dijual dengan harga lebih murah pada $75.

Sumber : Forbes, Dailymail, TMZ, Yahoo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |