Menurut laporan Berita RTM, seorang lelaki telah maut disyaki akibat ditembak ketika manga sedang menjamu selera malam tadi di sebuah restoran di Jalan Tun Sambathan, Brickfields.
Selain seorang mangsa yang maut, dua lagi mangsa pula dilaporkan cedera.

Difahamkan, kejadian tembakan tersebut berlaku sekitar jam 10.50 malam.
Dua lelaki bermotosikal telah menghampiri ketiga-tiga mangsa yang merupakan warga tempatan yang dalam lingkungan usia 30 hingga 50 tahun ketika mereka sedang menjamu selera di premis restoran tersebut sebelum beberapa das tembakan dilepaskan kepada mangsa-mangsa.
Dua mangsa yang cedera telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaysa untuk rawatan.
Artikel berkaitan: 2 Lelaki Pakistan Ditahan, Kes Samun & Rog*l Wanita Di Jejantas KTM Serdang
Artikel berkaitan: 5 Perompak Menyamar Jadi Polis Nak Samun Sebuah Rumah
Setakat ini, polis kini sedang meneliti rakaman CCTV berhubung kejadian tersebut untuk mengenalpasti motif kejadian itu dan identiti suspek.

Siasatan kes dijalankan oleh pihak PDRM mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Berita RTM, Facebook Malaysia Gazette