kes orang hilang

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang hilang sejak dua bulan lalu akhirnya ditemui dalam keadaan selamat pada petang semalam.

Remaja tersebut, Nur Qasehku Suhaimi Abdul Rahman difahamkan telah hilang sejak 4 Oktober lalu di Melaka dan telah ditemui oleh pasangan suami isteri di Batu 9, Cheras.

Nur Qasehku dilihat meminta makanan dan berkeliaran seorang diri. Pasangan tersebut juga melihat remaja itu berada dalam keadaan kusut masai.

Mereka mengecam remaja itu kerana kehilangannya telah dihebahkan menerusi media, lapor Harian Metro.

remaja hilang ditemui selamat

Artikel berkaitan: Bapa Dakwa Mayat Ditemui 14 Tahun Lalu Bukan Anaknya, Polis Tegaskan Ujian DNA Sah Milik Nurin Jazlin

Artikel berkaitan: “Sekelip mata dah tak ada” – Ini 5 Kes Kanak-Kanak Yang Hilang Tanpa Kesan Di Malaysia

Difahamkan, remaja tersebut mengalami masalah psikiatri dan perlu mengambil ubat setiap hari, lapor Berita Harian.

Ibu angkat yang menjaga Nur Qasehku berasa sangat bersyukur apbila anak angkatnya itu ditemui selamat di Cheras.

Wanita berkenaan bergegas bertolak dari Melaka bersama suaminya untuk membawa remaja itu pulang ke Melaka dari Cheras.

Remaja itu juga dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan kesihatan seperti yang diarahkan oleh pegawai penyiasat.

Ibu angkat remaja itu turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang membantu mencari dan menjumpai anaknya itu.

Sumber: Berita Harian, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.