Serang wanita terpaksa menerima 5 jahitan di kepada akibat kecederaan yang dialami selepas dihempap basikal yang dibuang dari tingkat 12 bangunan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang terletak di Padang Hiliran, Terengganu.
Kejadian itu berlaku ketika mangsa, Azuraini Yazid, 43, dalam perjalanan untuk membuang sampah sekitar jam 4 petang.
Artikel berkaitan : Pekerja Pelantar Minyak Didenda Sebab Menipu Gaji Untuk Mohon Bantuan PPRT
Artikel berkaitan : “Baru ada kesedaran” – Gara-gara Culas Bayar Sewa, Majlis Bandaraya Seremban Cabut Pintu Penyewa PPR
Suami mangsa, Jusri Ibrahim, 48 berkata pembantu Tabika Kemas itu tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri dengan kepala berdarah selepas dihempap basikal yang dibuang itu.
Jusri yang juga pemandu di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) berkata, isterinya tidak sedarkan diri dan diberi rawatan kecemasan oleh pasukan perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
“Isteri dikejarkan ke unit kecemasan HSNZ menerima lima jahitan di kepala dan keadaannya stabil.”
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor mengesahkan yang pihaknya sudah merakam percakapan daripada seorang penghuni kediaman yang mengaku basikal itu miliknya, bagaimanapun dia tak ada kaitan dengan membuang basikal daripada tingkat 12.
“Setakat ini siasatan masih dijalankan dan keadaan mangsa dilaporkan stabil serta dibenarkan pulang ke rumah awal pagi ini.”
Menurut sumber, kes yang membabitkan barang dicampak dari tingkat atas kediaman berstrata terutamanya PPR bukanlah perkara baharu, pernah terjadi juga apabila televisyen dibuang dari tingkat atas bangunan sehingga menghempap kereta yang diparkir seperti berlaku di Taman Seri Intan di Ampang, Selangor pada April 2018.
Malah, pernah hangat sebelum ini apabila seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut selepas ditimpa sebuah kerusi dipercayai dicampak dari tingkat atas bangunan PPR Seri Pantai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Kejadian berlaku jam 8.30 malam itu ketika S Sathiwaran yang juga pelajar Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya dikatakan sedang berjalan bersama ibunya S Kasthurivai, 45, untuk balik ke rumah mereka di tingkat 16 blok bangunan terbabit.
Sumber : Berita Harian