Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo mencetuskan spekulasi bahawa dia bakal menamatkan zaman bujang bersama pasangannya, Georgina Rodriguez, selepas mereka dilihat mengenakan cincin berlian ketika bercuti di atas sebuah kapal layar di Mallorca.
Media antarabangsa melaporkan Kapten Portugal berusia 42 tahun itu dengan pasangannya dijangka melangsungkan perkahwinan esok.
Khabar angin itu mula tular di media sosial selepas tersebarnya satu kad jemputan yang didakwa milik pasangan tersebut.
Malah, sebuah program televisyen Portugal, turut menyiarkan jemputan berkenaan dan mendakwa majlis itu akan berlangsung di Quinta da Regaleira, Sintra pada jam 5 petang.

Dalam jemputan itu, tetamu diminta mengenakan pakaian serba hitam sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dan perbincangan dalam kalangan peminat.
Artikel berkaitan: Tidak Dapat Genggam Piala Dunia Sepanjang Karier, Cristiano Ronaldo Menangis Keluar Padang
Artikel berkaitan: Selepas 2 Orang Anak Bersama, Cristiano Ronaldo Akhirnya Lamar Georgina
Walau bagaimanapun, majalah Sepanyol Hola mengesahkan dakwaan tersebut adalah tidak benar.
Menurut majalah itu, pasangan yang mempunyai lima orang anak itu tidak akan berkahwin pada hujung minggu ini, sekali gus menafikan spekulasi yang hangat diperkatakan di media sosial.
Tambahan pula, lokasi yang didakwa menjadi tempat majlis perkahwinan itu dijadual dibuka kepada orang awam sepanjang hujung minggu ini.
Ronaldo dan Georgina mengumumkan pertunangan mereka kira-kira setahun lalu dan sehingga kini masih belum mengumumkan sebarang tarikh rasmi untuk majlis perkahwinan mereka.
Sebelum ini, Ronaldo pernah mendedahkan bahawa mereka merancang untuk berkahwin selepas berakhirnya Piala Dunia, yang menyaksikan Portugal tersingkir kepada juara, Sepanyol.
Buat masa ini, pasangan tersebut dilaporkan sedang meluangkan masa bersama keluarga sebelum bermulanya musim baharu bola sepak.
Sumber: Hola!

17 hours ago
8






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















