Bagi mereka yang mengikuti perhimpunan motosikal RXZ Members, pastinya ada yang perasan dengan penglibatan salah seorang peserta yang dikenali sebagai ‘Pak Su Tomoi’ ini.
Dikatakan, ‘Pak Su Tomoi’ ini tidak pernah gagal menyertai perhimpunan tersebut, malah dia sanggup menunggang motosikalnya dari Kedah sejak dari awal penubuhan acara ini lagi.
Artikel berkaitan : Lelaki Singapura Tak Dapat Sertai RXZ Members 8.0 Lepas Ditahan Lakukan Aksi ‘Superman’
Artikel berkaitan : “Janganlah kegembiraan kita jadi kesusahan orang lain” – Pesanan Dr Zulkifli Kepada RXZ Members 8.0
Pak Su Tomoi layak terima anugerah
Bahkan, dikatakan ada penduduk Terengganu sentiasa menantikan kehadiran lelaki tersebut saban tahun. Oleh sebab itu, ramai yang meminta penganjur untuk memberikan satu anugerah khas buatnya.
@99xprojectTok guru kita dah luncurr, fighter yang lain mana? #rxzmember
♬ original sound – Ustaz Kazim Official – Ustaz Kazim Official
Selain itu, ‘Pak Su Tomoi’ ini dilihat sebagai seseorang yang disenangi orang ramai kerana beliau memilih untuk menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ dengan cara yang begitu santai tanpa melakukan sebarang aksi berbahaya dan ianya disifatkan wajar untuk dijadikan contoh kepada ahli-ahli yang lain.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan bahawa slogan Yang Kental, Pasti Sampai’ yang sinonim dengan perhimpunan RXZ Members sejak sembilan tahun lalu telah digantikan dengan ‘Yang Santai, Pasti Sampai’ bagi penganjuran edisi kelapan berlangsung esok.
Penganjur RXZ Members 8.0, Mohamad Faizal Mat Ali berkata, ia bagi menyemai budaya tunggangan berhemah dalam kalangan peserta.

13 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















