“Janganlah kegembiraan kita jadi kesusahan orang lain” – Pesanan Dr Zulkifli Kepada RXZ Members 8.0

16 hours ago 9

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang juga bekas Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menitipkan beberapa pesanan dan nasihat buat para peserta himpunan RXZ Members 8.0 yang berlangsung pada 31 Julai hingga 1 Ogos di Litar Drag Gong Badak, Kuala Nerus, Terangganu.

Menerusi perkongsiannya, beliau mengingatkan bahawa jalan raya bukan sekadar laluan menuju destinasi, malah menjadi medan untuk seseorang mengumpul pahala atau dosa.

Katanya, Islam mengajar setiap pengguna jalan raya supaya menjaga adab ketika berada di jalan raya, termasuk tidak menyusahkan atau menyakiti orang lain.

Dr Zulkifli turut memetik hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri RA yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim mengenai hak-hak di jalan raya.

Screenshot 2026 07 31 121904

Beliau berkata, antara hak jalan yang paling besar ialah tidak menyakiti orang lain. Jelasnya, kegembiraan menyertai himpunan motosikal tidak sepatutnya menjadi penyebab orang lain berdepan kesusahan.

Sebagai contoh, bunyi motosikal yang terlalu kuat boleh mengganggu bayi yang sedang tidur, pesakit yang sedang berehat atau mengejutkan warga emas kerana bunyi yang kuat.

Artikel berkaitan: Konvoi Bertukar Tragedi, Seorang Lelaki Terbabas Dalam Perjalanan Ke Himpunan RXZ Members 7.0

Artikel berkaitan: Santuni Anak Muda, Kehadiran UAI Ke Karnival RXZ Members 6.0 Buat Orang Ramai Terpegun

Selain itu, beliau juga berpesan agar mereka yang menyertai RXZ Members untuk:

  • Berhati-hati di jalan raya
  • Mematuhi undang-undang yang ditetapkan
  • Tidak berlumba
  • Jangan memotong secara berbahaya
  • Jangan melakukan aksi yang boleh mengundang kepada padah

Menurutnya, walaupun seseorang itu yakin dengan kemahiran yang dimiliki, namun kita juga tidak pernah tahu takdir Allah SWT yang menanti sepanjang berada di jalan raya.

Dalam pada itu, Dr Zulkifli turut menggalakkan para peserta untuk singgah di masjid berhampiran untuk menunaikan solat berjemaah sebelum meneruskan perjalanan.

Selain itu, beliau turut menegaskan agar para penunggang juga sentiasa menjaga pandangan dan mengelak daripada berkunjung ke tempat yang boleh mengundang kepada fitnah dan maksiat.

Mengakhiri perkongsiannya, beliau mendoakan agar setiap perjalanan para peserta sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT, dipermudahkan urusan serta dikurniakan keselamatan ketika pergi dan pulang.

Untuk info, RXZ Members menghimpunkan peminat motosikal seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dan negara-negara jiran seperti Thailand, Singapura dan Indonesia.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |