Semalam, dunia dikejutkan dengan nahas pelanggaran udara antara sebuah pesawat penumpang, American Airlines dan helikopter tentera Black Hawk berhampiran Reagan National Airport di Washington, D.C.
Perlanggaran udara yang berlaku pada jam 9 malam waktu tempatan ini melibatkan pesawat penumpang yang berlepas dari Wichita, Kansas yang dipercayai membawa 60 penumpang dengan empat anak kapal. Manakala ‘Black Hawk’ Sikorsky H-60 milik Tentera Darat membawa tiga anak kapal.
The U.S. Coast Guard has released photos of the crash site in Washington, D.C. pic.twitter.com/8bxoHd4Zt6
— BNO News Live (@BNODesk) January 31, 2025
Susulan itu, Reagan National Airport difahamkan telah ditutup sekurang-kurangnya 11 jam sementara operasi mencari dan menyelamat diadakan.
Ini antara 3 perkara yang kita ketahui setakat ini berkenaan nahas perlanggaran udara di Washington:
Artikel berkaitan: Netizen Bingung TikToker Ramal Tepat Kemalangan Udara Pesawat American Airlines, 12 Jam Sebelum Nahas
Apa sebenarnya berlaku?
Menurut Al Jazeera, dalam jam 9 malam waktu tempatan (Rabu), sebuah pesawat penumpang American Airlines telah berlanggar dengan Black Hawk Sikorsky ketika ia sedang mendekati lapangan terbang berdekatan Sungai Potamac, barat daya Washington DC.
Sebelum pendaratan dijadualkan, pegawai trafik udara difahamkan ada bertanya kepada juruterbang sama ada mereka boleh mendarat di Landasan 33, dan tidak sampai 30 saat sebelum perlanggaran, pegawai trafik udara juga ada bertanya sama ada helikopter tentera itu dapat melihat pesawat yang sedang mendarat.
Namun ketika perlanggaran berlaku, pegawai trafik udara dapat mendengar suara berbunyi, “Kemalangan, kemalangan, ini adalah amaran tiga.”
Exclusive dash-cam video obtained by The Washington Post shows a previously unseen angle of the moment a plane and helicopter collided over the Potomac River on Wednesday night. https://t.co/1VErSdPVDW pic.twitter.com/kTicwRejsz
— The Washington Post (@washingtonpost) January 30, 2025
Kami hanya nampak bebola api, dan ia hilang. Saya tak nampak apa-apa sebab ia jatuh ke dalam sungai. Tapi ia adalah pesawat itu dan helikopter yang berlanggar,” kata pegawai berkenaan.
Peserta peluncur ais dan keluarga antara mangsa
Menurut US Figure Skating, badan yang mengawal selia sukan ini di seluruh dunia, pihak mereka telah mengesahkan beberapa ahli komuniti mereka yang berada di dalam pesawat American Airlines yang bertembung dengan helikopter tersebut.
Penumpang yang terlibat termasuklah atlet, jurulatih, dan ahli keluarga yang sedang dalam perjalanan pulang dari Kem Pembangunan Nasional dalam satu acara yang diadakan bersama Kejohanan Luncur Ais di Wichita, Kansas, menurut CNN.
BREAKING: 🚨Some of the victims of this tragic crash who were aboard American Airlines 5342 being identified as World Champion Figure Skating pair, Evgenia Shishkova & Vadim Naumov, Spencer Lane, Everly Livingston, Franco Aparicio.#planecrash #AmericanAirlines pic.twitter.com/cbgxZN2mMF
— Factseeker (@thtnonbb1) January 30, 2025
Sementara itu, media Rusia TASS juga melaporkan bahawa dua peluncur ais negara itu yang merupakan bekas juara dunia turut berada di dalam pesawat tersebut.
Yevgenia Shishkova dan Vadim Naumov yang juga pasangan suami isteri didakwa terkorban di dalam nahas itu.
Shishkova dan Naumov memenangi kejuaraan dunia luncur ais beregu pada tahun 1994 dan dilaporkan telah menetap di Amerika Syarikat sejak sekurang-kurangnya 1998, di mana mereka melatih peluncur ais muda.
Apa kata Trump?
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam satu kenyataannya telah menyoal tindakan helikopter tentera tersebut yang menyebabkan perlanggaran udara ini.
Helikopter itu bergerak lurus ke arah pesawat berkenaan dalam tempoh jangka masa yang lama.
“Ia MALAM YANG TERANG, lampu pesawat juga terang benderang, mengapa helikopter itu tidak naik atau turun atau bergerak ke tepi,” tulis Trump di Truth Social.
Malah dia juga mempersoal tindakan pegawai trafik udara untuk meminta helikopter berbuat sesuatu dari sebaliknya bertanyakan sama ada helikopter itu nampak atau tidak pesawat tersebut.
Situasi buruk ini nampaknya seperti boleh dielakkan. TIDAK BAGUS!!!” katanya lagi.
Sehingga setakat ini, difahamkan lebih 40 mayat ditemui dan operasi ini disertai kira-kira 300 anggota daripada 21 agensi.
Operasi juga telah ditamatkan selepas berjalan selama 20 jam selain berdepan dengan situasi mencabar, dan bakal disambung semula.
Trump juga memaklumkan bahawa tiada mangsa yang terselamat dalam tragedi itu dan beliau bercadang untuk bertemu dengan keluarga mangsa.
Dalam pada itu, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan NTSB mengetuai siasatan yang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas. Laporan awal dijangka akan didedahkan dalam tempoh sebulan.
Takziah buat keluarga mangsa yang terlibat.
Sumber: Al Jazeera, Buletin TV3, Sinar Harian