Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun terlepas daripada pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dalam kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama tahun lalu.
Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati remaja terbabit berada dalam keadaan tidak sempurna akal ketika kejadian berlaku.
Hakim Adlin Abdul Majid mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan elemen ketidakwarasan di bawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan.
Peguam yang mewakili remaja itu, Kitson Foong berkata, mahkamah turut mengarahkan remaja berkenaan dihantar ke hospital psikiatri untuk mendapatkan rawatan.
Menurutnya, pakar psikiatri dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd mengesahkan remaja berkenaan mengalami skizofrenia.

Artikel berkaitan: Kes T*kam Bandar Utama: Pakar Patologi Dedah Terdapat 180 Kesan T*kaman Pada Badan Mangsa
Artikel berkaitan: Kes T*kam Pelajar Di Bandar Utama, Ini Kronologi Penuh Kejadian Tragis Tersebut
Jelasnya, sepanjang perbicaraan, isu utama bukanlah sama ada remaja itu melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian mangsa, sebaliknya keadaan kewarasannya ketika kejadian.
Seramai 11 saksi pendakwaan telah dipanggil, manakala pihak pembelaan mengemukakan dua saksi termasuk remaja terbabit dan Dr Ian Lloyd.
Kitson berkata, hakim turut mengingatkan remaja itu bahawa dia telah meragut satu nyawa dan perkara itu merupakan sesuatu yang amat serius.
“Mahkamah mengingatkannya supaya tidak sesekali mengambil mudah kebebasan dan peluang kedua yang diberikan kepadanya serta sentiasa mengingati nyawa yang telah diragut,” katanya.
Remaja itu akan menjalani rawatan termasuk pemberian ubat dan kaunseling di Hospital Bahagia Ulu Kinta sebelum penilaian lanjut dibuat mengenai kesediaannya untuk kembali ke masyarakat.
“Dia akan menjalani rawatan di sana sehingga mendapat pengampunan daripada Sultan Selangor memandangkan kejadian berlaku di Selangor,” katanya.
Sumber: Astro Awani

6 hours ago
7


















![[TERKINI] Pengampunan Diraja: Permohonan Pengampunan Najib Razak Ditangguh](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/09/pengampunan-najib-ditangguh.jpg)












:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















