Bedah Siasat

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah hari ini telah mendedahkan punca kematian lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Miri pada Selasa lalu.

Menurutnya, hasil proses bedah siasat ke atas lima mangsa yang selesai pada 7.30 malam semalam mendapati punca kematian kesemua mangsa adalah disebabkan kecederaan melecur yang teruk.

Tb Heli Terhempas Bernama

Artikel berkaitan: Nahas Helikopter Miri: Waris Juruterbang Dan Doktor Layak Terima Faedah Perkeso

Artikel berkaitan: Nahas Helikopter: KKM Tangguh Sementara Operasi FDS Di Sarawak

Buat masa ini kita (polis) sedang menunggu keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk pengesahan secara saintifik,” katanya.

Terdahulu, sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport).

Lima mangsa yang terkorban ialah  juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan Dr. Ainul Baraah Kamaruddin, 33, pembantu perubatan, Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.