Perkembangan terbaharu melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi perhatian apabila permohonan pengampunan beliau sekali lagi belum menemui noktah.
Permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan pada masa akan datang.
Perkara itu diputuskan selepas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan berkenaan dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang seterusnya.
“Yang di-Pertuan Agong juga berkenan supaya permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak,” katanya.
Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang berlangsung hari ini.
Bagaimanapun, tiada butiran lanjut mengenai tarikh mesyuarat seterusnya dinyatakan dalam kenyataan berkenaan.
Artikel berkaitan: Titah Adendum: Najib Razak Tarik Balik Rayuan, Kekal Di Penjara Kajang
Artikel berkaitan: Najib Razak Buat Rayuan Untuk Jalani Hukuman Penjara Di Rumah

Mesyuarat Lembaga Pengampunan kali ke-63 menjadi perhatian susulan perkembangan terbaharu mengenai permohonan pengampunan beliau.
Sebelum ini, pada 29 Januari 2024, hukuman penjara Najib dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.
Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang ketika itu dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sumber: Harian Metro

6 hours ago
14































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















