“Tiba-tiba bau asap kuat” – Rumah Ben Amir Hampir Terbakar, Kebun Musnah Dijilat Api

5 hours ago 7

Pelakon Ben Amir berdepan detik mencemaskan apabila kediamannya di Pulau Siargao, Filipina hampir terjejas akibat kebakaran hutan yang merebak berhampiran rumahnya.

Kejadian yang berlaku semalam itu dikatakan berlaku ketika Ben sedang berehat di rumah sebelum dia tiba-tiba terhidu bau asap yang sangat kuat.

Menurut Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 36, keadaan angin yang kencang menyebabkan api cepat merebak hingga kawasan sekitar rumah dipenuhi asap tebal.

“Tadi aku tengah rest kat rumah bila tiba-tiba bau asap kuat gila. It was a wildfire, terbakar dekat tanah sebelah rumah aku.

“Disebabkan angin yang begitu kuat, api mula merebak dengan sangat cepat. Keseluruhan kawasan tiba-tiba dipenuhi asap dan sejujurnya, memang menakutkan,” kongsinya menerusi Instagram.

Bagaimanapun, pelakon drama Sweet Dreams itu meluahkan rasa syukur apabila dia dan keluarga berada dalam keadaan selamat dan rumah mereka masih dalam keadaan baik.

Ben turut berterima kasih kepada semua pihak yang tampil membantu mengawal kebakaran dan mengambil berat tentang keselamatan jiran tetangga.

“Syukurlah, kami selamat dan rumah kami juga tidak mengalami kerosakan. Namun, kejadian ini benar-benar mengejutkan kami.

“Kami amat menghargai dan berterima kasih kepada semua pihak yang tampil membantu, bertanya khabar jiran tetangga serta berusaha mengawal kebakaran tersebut,” katanya.

Artikel berkaitan: “Welcome to Islam” – Ben Amir Kongsi Momen Kekasih Peluk Islam

Artikel berkaitan: “Aku bersyukur aku tak jual agamaku demi duit dan content” – Status Ben Amir Raih Sokongan Netizen

Tanaman musnah dijilat api

Dalam hantaran sama, Ben turut berkongsi keadaan selepas kebakaran dan mendedahkan banyak tanaman miliknya musnah dijilat api. Antaranya termasuk pokok mangga, avokado, jambu batu, pisang, beri mulberi, tebu dan kelapa.

Screenshot 2026 09 14 130652

Screenshot 2026 09 14 130703

Ben dalam masa sama bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati serta menjaga keselamatan diri masing-masing.

Untuk rekod, Ben mendirikan rumah tangga dengan wanita kelahiran Filipina, Liana Alara atau nama asalnya Maiya. Dia mengambil keputusan untuk berhijrah dan menetap di Pulau Siargao, Filipina sejak awal 2025.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |