Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tampil memberikan maklum balas pantas dan saranan keselamatan susulan satu pendedahan tular di media sosial mengenai tindakan seorang penumpang lelaki yang didakwa berkelakuan tidak senonoh di dalam tren Komuter.
Kejadian berkenaan mula menjadi perhatian selepas seorang pengguna media sosial memuat naik perkongsian mendakwa terserempak dengan lelaki tersebut ketika dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.
Artikel berkaitan: Kantoi Tengah Potong Kabel KTMB, Seorang Lelaki Berjaya Ditangkap
Artikel berkaitan: KTMB Sahkan Insiden Tren Komuter Terlajak Ke Hujung Landasan Di Stesen Butterworth
Menurut pendedahan saksi kejadian, video asal dakwaan berkenaan yang dimuat naik di platform TikTok telah dipadamkan (take down), membuatkan dia mengambil keputusan untuk mendedahkan perkara itu di platform lain bagi memperingatkan orang ramai.
Saksi mendakwa lelaki berkenaan melakukan kelakuan yang meragukan sebelum memakai gelang tiket (wristband) dan turun di Stesen KTM Setia Jaya. Individu tersebut dipercayai menuju ke Sunway Pyramid bagi menghadiri satu acara.
KTMB Saran Guna Butang Interkom & Hubungi Polis Bantuan
Prihatin dengan isu keselamatan dan keselesaan penumpang di dalam tren, pihak KTMB menerusi kenyataan rasmi di ruangan balas menegaskan beberapa langkah penting yang perlu diambil serta-merta oleh orang ramai sekiranya berdepan situasi gangguan atau kecemasan sedemikian.
KTMB mengingatkan semua penumpang agar memanfaatkan kemudahan butang interkom keselamatan yang disediakan di dalam setiap gerabak tren.
“Sekiranya situasi sama berlaku pada masa akan datang, sila tekan butang interkom di dalam tren untuk memaklumkan kepada pemandu tren, atau hubungi 03-2263 1194 (Pusat Kawalan Polis Bantuan KTMB) untuk bantuan serta-merta,” tegas pihak KTMB menerusi kenyataan rasmi mereka.
Pihak KTMB turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pengguna yang membuat pendedahan tersebut dan memohon kerjasama orang ramai untuk sentiasa melaporkan sebarang kejadian meragukan demi menjaga keselamatan bersama di dalam pengangkutan awam.
Sumber: Threads

6 hours ago
7


















![[TERKINI] Pengampunan Diraja: Permohonan Pengampunan Najib Razak Ditangguh](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/09/pengampunan-najib-ditangguh.jpg)












:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















