Tahukah anda terdapat satu terapi untuk membantu pesakit yang lepas dibius dengan menggunakan kuda kecil di luar negara?
Baru-baru ini, tular di media sosial seekor kuda kecil telah bermain alat muzik keyboard di sebuah hospital untuk membantu mengejutkan pesakit remaja selepas dibius.
Video tersebut telah dikongsikan menerusi Instagram Mini Therapy Horses.
@mustsharenewsSounds just like my morning alarm 😫#mustsharenews #sgfyp #horse #usa
♬ original sound – MustShareNews – MustShareNews
Artikel Berkaitan: “22 kali kimoterapi, 15 sesi radioterapi” – Graduan Hidap Kanser Tahap 4 Berjaya Tamat Pengajian Buat Ramai Sebak
Artikel Berkaitan: Terpaksa ‘Ponteng’ Sekolah Setahun Sebab Jalani Rawatan Kanser, Pelajar Berjaya Raih Semua A Dalam SPM
Dalam video tersebut, dapat dilihat seekor kuda kecil sedang memainkan alat muzik keyboard dengan menggunakan wajahnya di sisi seorang pesakit remaja.
Difahamkan, terapi kuda itu merupakan sebuah program yang membantu menenangkan kanak-kanak selepas pesakit menjalani sesebuah prosedur perubatan.
Meninjau ke akaun Instagram terapi tersebut, dapat dilihat telah ramai pesakit muda yang dibantu dengan menggunakan terapi kuda mini itu.
Sumber: Instagram Mini Therapy Horses