pengantin lelaki maut kemalangan

Satu tragedi menyayat hati berlaku di Jalan Kuchai Lama apabila seorang pemuda yang baru sahaja bergelar pengantin baharu, maut dalam kemalangan jalan raya pada 8 Disember lalu.

Difahamkan, Muhammad Harish Aiman, 25, dirempuh kereta yang didakwa pandu melulu ketika melalui selekoh dari Sri Petaling menghala ke Jalan Kuchai Lama.

Lebih memilukan, arwah yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 7 November 2025 di Pahang, sepatutnya mengadakan majlis bertandang pada 13 Disember 2025 lalu. Namun, semua perancangan itu terhenti apabila ajal menjemputnya lebih awal.

Artikel berkaitan: Pengantin Wanita Maut, Suami Tidak Sedarkan Diri Ketika Bulan Madu

Artikel berkaitan: “Hanya pinjaman” – Jodoh Pengantin Baru Hanya Bertahan 4 Hari, Suami Maut Kemalangan

Tak sempat merasa semua barang hantaran

Arwah juga dikatakan menggubah sendiri semua hantaran perkahwinan dan persiapan majlis bertandang termasuk penyediaan doorgift sebelum kejadian.

Screenshot 2025 12 16 124011

“Hantaran semua hasil air tangan arwah sendiri. Tak sempat arwah nak merasa semua barang hantaran. Kad nikah pun baru siap, tapi arwah tak sempat nak tengok,” menurut hantaran ahli keluarga di laman TikTok.

@scrttothecore

#fyppppppppppppppppppppppp #fyp #viral #harishaiman #langgarlari😭

♬ suara asli – 🎶🎧🎶 – Fakta Pangea

Susulan kejadian itu, keluarga mangsa memohon keadilan dan mengharapkan pihak yang terlibat tampil memberikan keterangan berhubung insiden tersebut.

“Semoga kita semua doakan agar keadilan tercapai untuk arwah. Kami juga berharap pelaku tampil berani untuk memberikan keterangan dan bertanggungjawab atas perbuatannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa mengesahkan kejadian dan menerima maklumat penularan video kamera papan pemuka yang memaparkan insiden itu di laman sosial.

@scrttothecore

@PDRMsiaOfficial #viral #fyppppppppppppppppppppppp #fyp

♬ original sound – Scrt – Scrt

Katanya, keterangan pemandu kereta sudah direkodkan dan kertas siasatan kini sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.