“Saya pernah kena tanya dalam masjid” – Haris Ismail Perjelas Isu Tegur Adik Ipar

3 hours ago 2

Pendakwah dan suami kepada selebriti Neelofa iaitu Haris Ismail tampil memberikan penjelasan berkenaan dengan isu teguran terhadap keluarga ipar.

Menerusi audio siar Sembang Seram, Haris Ismail menjelaskan bahawa perlu ada adab tersendiri untuk menegur adik beradik ipar kerana masih ada orang terdekat dalam keluarganya yang masih boleh membimbing.

Artikel berkaitan: PU Riz Terkilan Sikap Segelintir Penyokong Kurang Adab Ketika Menonton Perlawanan MU Lawan ASEAN All-Stars

Artikel berkaitan: PU Riz Titip Ucapan Menyentuh Hati Buat Abang Yang Baru Berkahwin Dengan Aisyah Aziz

Dia kan masih ada ibu bapa – Haris Ismail

Dalam pada itu, Haris turut menegaskan bahawa ia bukanlah di bawah kuasanya untuk memberikan teguran yang melebih-lebih terhadap adik ipar biarpun ia merupakan satu tanggungjawab seseorang untuk memberikan teguran terhadap ahli keluarga tetapi perlu ada panduan yang betul.

“Secara umum bila kemungkaran berlaku kena tegur tak? Tegur! Tapi setiap orang dia ada binded yang perlu tegur. Maksudnya, siapa yang betul-betul wajib, isteri kita, anak-anak kita, orang gaji dalam rumah kita, kena ajar fardhu ain kena ajar, saya sediakan kelas al-Quran untuk orang gaji saya, saya tak ambil ringan.”

@sembangseram

Ada cara dia guys dalam bab nak menegur sesama ipar ni. Fahamkan baik-baik ok 😊 #harisismail #sembangseram #podcast #horrorstory #kisahseram

♬ original sound – sembangseram – sembangseram

Jelas Haris lagi, dia kerap disindir oleh segelintir golongan apabila memberikan nasihat dan berdakwah, katanya, dia sering di tempelak semula untuk menegur  ‘ahli keluarganya’ terlebih dahulu.

“Adakah saya diam? Tidak, saya tidak diam, siapa pun buat silap apatah lagi ahli keluarga kita tetap tegur, adik saya pun saya tegur, tapi kalau sampai nak telefon (melebih-lebih. Sedangkan dah ada lapisan yang perlu, sebab mak ayah (adik ipar) ada lagi.”

Haris Ismail turut mendedahkan bahawa dia pernah ditanya oleh sesetengah orang berada di masjid soalan sinis terhadap peranannya berkenaan dengan hal keluarga.

Screenshot 2026 03 19 124405

“Dia tanya, ustaz bagi ceramah, tapi keluarga ustaz, tak sempurna, saya jawab dengan mengatakan, bagaimana kita mbil tanggungjawab dengan menegur yang dirusuh oleh Allah.”

Bagaimanapun, dalam isu yang melanda dirinya ini, Haris Ismail menjelaskan bahawa dirinya bukanlah melepas tangan tetapi cukup sekadar teguran yang mempunyai batasnya sebagai abang ipar.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |