Satu rakaman video yang memaparkan sepasang suami isteri selebriti popular tular di media sosial, namun kali ini bukan kerana kemesraan mereka. Sebaliknya, suasana di sebuah bazar jualan bertukar kecoh apabila si isteri dilihat hilang sabar dan menyerang suaminya yang didakwa sedang keluar bersama wanita lain.
Menerusi video berdurasi pendek itu, keadaan mula menjadi tegang apabila si isteri secara tiba-tiba muncul dan melakukan terjahan terhadap suaminya yang ketika itu berada di sebuah gerai jualan.
Artikel berkaitan: Kantoi Curang Dengan Calon STPM, Suami Pempengaruh Mohon Padam Gambar Konon Sebab Nak Jaga Air Muka
Artikel berkaitan: “Dengar bunyi aneh di balik pintu pejabat” – Kecoh Kisah Curang Dari Singapura, Libatkan CEO & Naib Presiden Syarikat
Maki Hamun Di Depan Orang Ramai
Apa yang lebih mengejutkan, bukan sahaja berlaku pergelutan kecil, malah kedengaran suara si isteri yang menjerit dengan kata-kata kesat terhadap wanita yang bersama suaminya itu.
Suasana di bazar tersebut yang pada mulanya tenang untuk persiapan raya terus gamat dengan teriakan dan pergaduhan mulut tersebut. Orang ramai yang berada di situ hanya mampu tergamam melihat aksi ‘drama’ realiti yang berlaku di depan mata mereka.
Suami Cuba Pertahankan Wanita Misteri?
Dalam kekecohan tersebut, si suami dilihat cuba menenangkan keadaan dan menghalang isterinya daripada terus bertindak agresif terhadap wanita yang dibawanya. Tindakan si suami yang seolah-olah cuba mempertahankan wanita berkenaan dilihat semakin membakar api kemarahan isterinya sehingga keadaan menjadi semakin tidak terkawal.
Kedua-dua mereka akhirnya beredar dari kawasan tersebut selepas beberapa minit bertikam lidah, meninggalkan pengunjung bazar dalam keadaan tertanya-tanya tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Gimik Marketing Atau Realiti?
Sejurus video itu meletup di TikTok, netizen rata-rata terkejut dengan tindakan penyanyi lelaki itu selain mendoakan agar isterinya kuat menempuh dugaan.

Setakat ini, pihak yang terlibat masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi atau penjelasan mengenai insiden yang memalukan itu.
Sumber: TikTok

2 hours ago
3































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















