Tular di media sosial satu rakaman CCTV memaparkan seorang anak kecil minum susu bersendirian sebelum berbaring di atas katil. Sesekali dia bangun dan memandang ke arah pintu, seolah-olah sedang menanti seseorang pulang.
Rakaman CCTV itu dikongsikan oleh seorang bapa yang terpaksa meninggalkan anaknya yang berusia setahun tujuh bulan sementara dia keluar mencari rezeki sebagai penghantar p-hailing di Kolaka, Sulawesi Tenggara, Indonesia.
Besarkan anak seorang diri selepas bercerai
Ramai yang sebak melihat perkongsian itu, namun hakikat sebenar di sebalik video itu jauh lebih menyayat hati.
Lelaki yang dikenali sebagai Tri Rama Dandi, 26, merupakan seorang bapa tunggal yang membesarkan sendiri anak tunggalnya, Muhammad Al-Faizih selepas bercerai pada 2025.
Sejak berpisah, Tri bukan sahaja menjadi pencari nafkah, malah turut memainkan peranan sebagai seorang ibu demi memastikan anaknya terus dibesarkan dengan penuh kasih sayang.

Artikel berkaitan: “Mak meninggal, ayah dalam penjara” – Budak Lelaki Ditemui Tinggal Sendirian Di Dobi
Artikel berkaitan: Tak Mampu Jaga, Bapa Tunggal Terpaksa Serah 3 Anak Kecil Ke Rumah Anak Yatim
Tri dan anaknya tinggal sebuah bilik sewa yang serba sederhana. Apabila menerima tempahan dalam jarak dekat, Tri tidak mempunyai pilihan selain meninggalkan anaknya bersendirian buat seketika.
Bagi memastikan keselamatan anaknya, dia memasang kamera CCTV yang disambungkan ke telefon supaya dapat memantau setiap pergerakan Al-Faizih sepanjang dia bekerja.
“Sistem kerja saya bergerak. Setiap kali selesai satu tempahan, saya akan terus balik ke bilik untuk tengok anak,” katanya.
Jika tempahan diterima terlalu jauh, dia akan membawa anak kecilnya bersama dengan menaiki motosikal kerana tidak sanggup meninggalkannya terlalu lama.
@ramapratama699🥹🥹🥹
♬ suara asli – kata kata lirik – Cemilin12
“Anak sebab saya masih hidup”
Tri turut mengakui dia pernah melalui saat paling gelap dalam hidup sehingga terfikir untuk mengakhiri nyawanya sendiri. Namun, setiap kali melihat wajah anak kecilnya, niat itu terus lenyap.
“Anak saya yang membuatkan saya terus bertahan. Dialah sebab saya masih hidup sehingga hari ini.”
Walaupun keluarganya mahu membantu, Tri memilih untuk berdikari kerana tidak mahu membebankan sesiapa.
Dia juga enggan lagi mengenang kisah perpisahan dengan bekas isterinya yang disifatkan sebagai luka paling dalam dalam hidupnya.
Kini, seluruh hidupnya hanya berputar pada seorang insan kecil yang menunggu kepulangannya setiap hari.
“Saya cuma fokus bekerja untuk anak. Dari kecil dia ditinggalkan, sampai sekarang dia tak pernah merasai susu ibu atau kehangatan seorang ibu.”

5 hours ago
7






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















