Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita penemuan mayat seorang wanita di dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau, Negeri Sembilan.
Penemuan mayat tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan kes kehilangan seorang wanita yang dikenali sebagai Suri Narudin, 53 tahun.
Walau bagaimanapun, identiti mayat tersebut belum dapat dipastikan lagi setakat ini kerana masih menunggu keputusan ujian DNA berikutan jasad yang telah mereput dengan teruk.
Terkini, suspek utama yang telah ditahan polis untuk membantu siasatan kes penemuan mayat itu merupakan seorang lelaki yang dikatakan merupakan kekasih Suri, lapor Berita Harian.

Artikel berkaitan: “Sepatutnya ke Zurich” – Kes M*yat Dalam Beg, Rakan Rapat Kongsi Kronologi Kehilangan Suri
Artikel Berkaitan: M*yat Dalam Beg Ditanam Belakang Rumah Disyaki Wanita Hilang Sejak 8 Disember
Difahamkan, hubungan antara suspek utama dan Suri itu telah dikongsikan oleh anak saudara Suri yang hanya mahu dikenali sebagai Sasha.
Menurut Sasha, ibu saudaranya dan lelaki itu sudah berkenalan sekitar enam tahun lalu dan lelaki itu disukai oleh kanak-kanak kerana dia gemar melayan kerenah kanak-kanak.

Sasha mengatakan dia kali terakhir berjumpa dengan Suri pada 5 Disember lalu. Kemudiannya, mereka hanya berkomunikasi melalui media sosial sehinggalah ibu saudaranya itu tidak boleh dihubungi sejak 8 Disember.
Menurut Sasha lagi, selepas Suri hilang, suspek lelaki itu tetap berkelakuan seperti biasa.
Sehinggalah suatu ketika apabila lelaki itu mula mereka cerita bahawa ibu saudara Sasha itu dihantar ke lapangan terbang oleh orang lain.
Difahamkan, anak suspek juga ada membuat laporan polis mengenai kes ini di mana dalam laporan berkenaan, Suri didakwa telah berkahwin dengan suspek namun menurut Sasha, lelaki berkenaan bukan suami ibu saudaranya namun hanyalah kekasih kerana daripada pihak keluarga mereka, mereka tahu suspek dan Suri belum berkahwin.
Sumber: Berita Harian

4 hours ago
4































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















