syaz ft 2025 12 01T110520.102

Niat anggota polis, Muhammad Rahimi Amirudin untuk mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya tidak sempat direalisasikan apabila beliau ditemukan maut setelah dihanyutkan arus deras di Kampung Giching, Sepang, Selangor pada malam Jumaat lalu.

Bapanya, Sarjan Mejar Penjara Amirudin Mohd Hanifah, memaklumkan bahawa sebelum tragedi berlaku, anak bongsunya itu telah pun membeli cincin dan menyelesaikan persiapan terakhir untuk merisik serta bertunang selepas Hari Raya Aidilfitri.

Artikel berkaitan: 3 Berjaya Selamatkan Diri, Seorang Hilang Selepas Kereta Hanyut Dibawa Banjir

Artikel berkaitan: Dihanyutkan Ombak, Tongkang Kontena Tersadai Di Perairan Port Dickson Susulan Ribut Tropika Senyar

“Secara kebetulan berhampiran kawasan kejadian itu ada kenduri, arwah sempat bertanya kepada penduduk samada jalan tersebut boleh dilalui atau tidak namun tetap melaluinya walaupun dimaklumkan oleh penduduk untuk tidak berbuat demikian.

Ketika melalui lintasan air itu, kereta arwah dikatakan hanyut ke dalam tali air menyebabkannya terpaksa keluar dari kereta dan berenang ke tepi sebelum dihanyutkan air,” katanya.

Jenazah Allahyarham disolatkan di Surau Ar Raudah, Penjara Simpang Renggam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Purnama sekitar jam 10 malam.

Sebelum ini, Muhammad Rahimi, yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan sejak setahun lalu, dipercayai cuba berenang keluar dari parit selepas kenderaannya, sebuah Perodua Bezza, tidak dapat meneruskan perjalanan berikutan paras banjir yang meningkat tinggi.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.