fazura ke pejabat mcmc

Baru-baru ini, pelakon, Nur Fazura telah memuat naik gambar di Instagram Story bahawa dia telah hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Fazura turut membawa beberapa tangkapan layar atau screenshots komen-komen dari beberapa orang individu di internet yang telah memfitnahnya.

pejabat mcmc

komen fitnah terhadap fazura

Artikel berkaitan : “Adakah anda hilang hormat sesama wanita?” – Janna Nick Dikecam Netizen, Sebut ‘Perempuan G*la’ Dalam Podcast

Artikel Berkaitan: “Fazura & syarikat adalah 2 entiti berbeza”- Fazura Enggan Ulas Kontroversi Hutang Syarikat, Sudah Serahkan Kepada Peguam Untuk Tindakan Seterusnya

Meninjau ke platform media sosial Thread, difahamkan, ada beberapa individu yang berselinding di sebalik akaun palsu yang telah melemparkan pelbagai fitnah kepada Fazura sehingga ada yang mengheret isu kematian bapa Fazura.

fazura

Menerusi siaran live di media sosial, Fazura ada mengulas mengenai perkara tersebut dan menurutnya, identiti indvidu yang menulis komen-komen berbaur fitnah terhadapnya telah dikenal pasti dan Fazura akan menyerahkan tindakan selanjutkan kepada pihak MCMC.

Semoga ini menjadi pengajaran buat kita semua untuk lebih berhati-hati dalam menulis komen di media sosial terutamanya komen yang mempunyai unsur fitnah.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.